Malam semalam kecoh dengan komen selepas penyampaian lagu Peluang Kedua dari penyanyi, Nabila Razali apabila dia terkucil bahagian not penting pada malam pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35).
Nasib tidak menyebelahi dirinya membuatkan ramai rakan artis memberi sokongan serta kata positif pada Nabila Razali walaupun ramai warganet memberi komen yang negatif kerana tidak cukup hebat untuk berada di finalis AJL35.
https://twitter.com/BangBadut_/status/1371127415435489294
Biarpun menerima kritikan yang hebat dari warganet di media sosial. Nabila atau lebih mesra Bella tenang memberi ulasan.
Menurutnya, walaupun malam tersebut tidak berjalan seperti yang dirancang tapi dia tetap bersyukur dan gembira dengan apa yang persembahkan.
“Bella dah cuba yang terbaik dan Bella harap mereka di luar sana dapat rasa emosi yang Bella sampaikan pada persembahan Bella,” jelasnya.
Dalam pada masa yang sama juga, dia turut mengakui dia sudah mengecewakan sesetengah pihak atas kesalahannya dan dia juga berterima kepada rakan seperjuangannya, Hael Husaini yang menolak dirinya ke peringkat akhir.
“Of course saya akan perbaiki. Sentiasa akan ada ruang untuk tingkatkan tapi bagi saya itu dah cukup terbaik sebab sebelum ni Bella tak sangka boleh sampai ke tahap ini,” ulasnya lagi.
Apa pun, kami harap Bella tidak putus asa atas kesilapan pada malam semalam. Manusia tidak sempurna dan pasti ada hikmah.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
“It’s About Time Kita Stop Bayar Yuran Sekolah” – Nabila Huda
Sumber: facebook