Perempuan ni memang terkenal dengan sifat mudah terasa atau sensitif. Namun kebiasaannya tidaklah terlalu lama mereka punya ‘terasa’ ni. Bagaimanapun, seorang lelaki di New York, Amerika Syarikat terpaksa melalui mimpi ngeri seorang suami apabila isterinya merajuk lebih setahun gara-gara dia tersilap puji seorang pelayan wanita semasa sedang makan malam di sebuah restoran, tahun lalu.

Menurut laporan, kejadian ‘merajuk’ itu berlaku semasa lelaki tersebut sedang menikmati makan malam sempena hari lahir isterinya. Lelaki tersebut berkata dia hanya berasa kagum melihat kepala seorang pelayan wanita yang botak lalu bertanya secara bersahaja adakah wanita itu sengaja mengenakan fesyen botak.
Pelayan wanita itu menjawab ya, dan lelaki tersebut secara spontan memuji wanita tersebut ke atas keberaniannya mengenakan fesyen botak. Selain itu, lelaki tersebut turut menyatakan wanita itu kelihatan cantik dengan fesyen kepala botak. Walaupun perbualan itu berlaku spontan, isterinya yang menyaksikan kejadian itu berasa ia bukan satu perbualan kasual dan enggan bercakap dengan suaminya sehingga mereka pulang ke rumah.
Masih Ungkit Kisah Lama Setiap Kali Bertengkar…
Menyangka isterinya cuma akan merajuk dalam masa beberapa hari sahaja, lelaki tersebut turut mendakwa isterinya masih mengungkit kisah wanita botak itu setiap kali mereka bertengkar walaupun kejadian itu berlaku setahun lalu.
“Dia akan mengeluarkan kata-kata seperti jadi adakah saya patut cukur rambut kerana awak lebih suka fesyen botak,” kata lelaki itu.
Lelaki tersebut sedar dia mungkin salah kerana memuji wanita lain pada makan malam sempena hari lahir isterinya, namun menurutnya dia tidak berniat apa-apa. Lelaki itu turut mendakwa dia sudah meminta maaf beberapa kali sejak insiden itu pada tahun lalu namun, dia tetap gagal meredakan kemarahan isterinya.
Tips Berkesan Pujuk Isteri Merajuk
Kalau anda sedang menghadapi kesukaran memujuk pasangan anda yang merajuk, boleh guna cara ini. Kebiasaannya kaum wanita lah yang paling kerap merajuk, jadi tips ini lebih kepada cara memujuk isteri yang sedang merajuk.
1. Pegang Tangan Isteri Dan Tenung Penuh Kasih Sayang
Inilah masanya kita yang lelaki ni kena ketepikan ego. Pegang tangan isteri dengan lembut dan tenunglah tepat ke mata mereka tanda kita masih kasih padanya. Tapi tak semestinya lepas dah buat macam ni isteri terus okay sebab itu baru peringkat permulaan untuk pujuk. Teruskan lagi langkah seterusnya.
2. Beri Sejambak Bunga Atau Barang Kesukaannya
Yang ni kena keluarkan sedikit kosnya sebab jaranglah wanita tak suka kepada bunga ataupun hadiah. Belilah sejambak bunga hidup, dan kalau isteri tak suka dengan bunga boleh belikan barangan yang telah lama dia idamkan. Si isteri pasti tersenyum bila menerima hadiah kejutan daripada suami.
3. Berkata Jujur Dan Minta Maaf
Kematangan seorang lelaki apabila dia mampu untuk mengakui kesilapannya dan meminta maaf atas kesalahannya. Jadi, tidak perlu malu untuk mengaku salah dan minta maaf. Kadang-kadang wanita ni dia nak suaminya tahu apa kesilapannya dan minta maaf. Pastikan anda bertenang, berkata jujur dan terus meminta maaf kepada isteri.
4. Sentiasa Sabar Dan Tenang
Mungkin bila isteri merajuk terlalu lama, kita pun hilang sabar. Jadi sebab itu lelaki ini memerlukan kesabaran yang tinggi untuk melayan kerenah isteri. Jika kita melawan api dengan api, makan bertambah teruklah keadaannya nanti. Lebih baik kita kekal tenang dan sabar, dan teruskan memujuk isteri agar lekas hilang perasaan merajuknya itu. Selamat mencuba!
Baca juga artikel menarik lain:
Isteri ‘Hidup’ Semula Selepas Dibunuh, Pertahankan Suami Tidak Bersalah
Usia Menjangkau Separuh Abad, Tular Gambar Seorang ‘Nenek’ Kelihatan Seperti Masih Remaja!
Sumber daripada: Kosmo