Agak kecoh semalam di ruangan Instagram Zarina Anjoulie apabila dia membuat pendedahan tentang perkara sebenar yang pernah berlaku kepada dirinya dahulu. Dalam hantaran di Instagramnya, difahamkan Zarina atau lebih mesra disapa Anju, membuat pendedahan bahawa dirinya pernah dipukul oleh bekas suaminya satu ketika dahulu.
Dua hantaran dimuat naiknya bagi membuktikan bahawa dia adalah mangsa dalam rumah tangganya dahulu. Pertama adalah hantaran memaparkan laporan polis serta tangkap layar perbualan dia bersama bekas suami, Eilyas Azhar yang menunjukkan perangai sebenar bekas suaminya itu. Manakala dalam hantaran kedua Anju memuat naik video memaparkan ibu, ayah, serta bibik dan anaknya menjadi saksi dia pernah dipukul Eilyas.
View this post on Instagram
Dalam video yang berdurasi 10 minit itu, Anju mendedahkan perkara sebenar yang terjadi kepadanya dan bagaimana dirinya pernah dipukul oleh bekas suaminya depan ahli keluarganya sendiri. Bila ditanya kepada ibunya, kejadian dia dipukul itu memang berlaku, malah dilakukan oleh Eilyas di hadapan ibu dan anak Anju sendiri.
View this post on Instagram
Bagaimanapun, Anju memaklumkan pendedahan itu dilakukannya adalah untuk mempertahankan dirinya daripada dakwaan palsu bekas suaminya. Sementara itu, wargamaya yang lain turut memberikan sokongan buat Anju dalam hal ini. Tidak kurang juga ada yang meminta Anju menyelesaikan isu ini mengikut undang-undang sedia ada.

Walaupun tidak berada dalam situasi yang sama, rata-rata wargamaya memuji kelembutan ibu Anju semasa bercakap tentang hal yang menyakiti keluarganya itu. Apa-apa pun, semoga isu ini dapat diselesaikan dengan segera dan dapat melindungi pihak yang benar.
Sumber daripada: Instagram