Kool FM

“Alasan Tak Kukuh!” – Terkilan Tak Dapat Bawa Bapa Ke Hospital Buat Kali ‘Terakhir’, Wanita Ini Kecewa Layanan Polis ‘Biadap’ 

Sayu hati apabila mendengar coretan hati segelintir rakyat Malaysia yang ‘ralat’ tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk menjenguk ibu atau bapa yang terlantar sakit. Ada juga di kalangan mereka yang tidak sempat untuk melawat ibu bapa untuk kali yang ‘terakhir’ dek tidak mendapat kelepasan surat untuk merentas negeri daripada pihak berkuasa. Baru-baru ini, pemuda bernama Aida Najwa meluahkan isi hatinya yang tidak dapat membawa bapanya ke hospital untuk urusan dialisis.

Luahan hati yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya mendapat perhatian wargamaya yang turut bersimpati dengan nasib ‘malang’ yang menimpa Aida. Menerusi status yang dimuat naik Aida, bapanya Nasir Nordin menelefonnya untuk meminta Aida membawanya ke hospital untuk membetulkan tapak dialisis kerana jarum tercabut. Tidak menunggu lama, Aida terus pergi ke Balai Polis Salak Selatan untuk meminta surat kebenaran, namun Aida terkilan dengan reaksi pihak polis yang seakan ‘biadap’ dan seolah-olah tiada budi bicara.

Menurut Aida, urusan membawa bapanya ke Hospital sebelum ini dilakukan oleh makciknya. Namun pada hari tersebut, makciknya mempunyai urusan lain. Polis yang bertugas ketika itu bertanyakan soalan dalam nada yang kasar. “Makcik mana? Dah mati ke?“. Aduhai. Tergamaknya seorang pegawai polis mengeluarkan kata sedemikian rupa.  Apabila bertanya soal adik beradik Aida yang lain, Aida menjelaskan bahawa adiknya kerja dan seorang lagi tak boleh memandu. Kemudian dengan sewenangnya polis itu berkata, “Kalau drive pun tak pandai, takkan book Grab pun tak pandai?” Allahuakbar… Mati dek akal untuk berkata.

Baca juga: “Kerana Warga Kayangan..” – Kawalan Ketat Rentas Negeri Awal Ramadan Dilaksanakan

Meninjau di ruangan komen, isu ini turut mengundang kekecewaan dalam kalangan wargamaya yang bersimpati dengan nasib menimpa Aida. Ada juga di kalangan mereka yang tidak berpuas hati dengan tindakan dan sikap pihak polis itu sehingga mereka mahu mencari siapakah gerangan pihak polis yang berurusan dengan Aida pada ketika itu. Meskipun Aida telah menyediakan segala surat menyurat sebagai bukti, namun masih tak dapat kelulusan sehinggalah bapanya meninggal dunia..

Mana budi bicara segelintir pihak polis ini? Tidak pernahkah mereka meletakkan diri mereka ke dalam ‘kasut’ orang lain? Mengapa mereka membuat keputusan mengikut rasa dan kuasa yang ada tanpa berfikir kesusahan orang lain. Sedangkan ramai di antara kita berniat untuk balik ke kampung melawat ibu bapa, saudara kawan yang sakit. Tidak adakah sifat kemanusiaan walau sedikitpun?

Apa-apa pun, salam takziah diucapkan kepada Aida sekeluarga. Sesungguhnya amat perit untuk menerima kenyataan pemergian orang tercinta lebih-lebih lagi apabila tidak sempat menunaikan ‘tanggungjawab’ sebagai seorang anak serta tidak dapat untuk kucup wajah bapa tersayang buat kali yang terakhir..

Baca juga: [VIDEO] “Dah Tak Kisah SOP Ke..?” – Netizen Persoalkan Salah ‘Siapa’ Rakyat Langgar SOP

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: Twitter

Exit mobile version