Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Alhamdulillah Sekarang Semua Kembali Normal” – Kongsi Tradisi Unik Buka Puasa, Brunei Dilihat Bebas COVID-19

today12 May 2021

Background

Dapat dirasakan betapa penat dan letihnya rakyat Malaysia mengharungi kehidupan seharian dengan adanya wabak COVID-19 sejak setahun yang lalu. Segala prosedur operasi standard (SOP) terpaksa dipatuhi bagi memutuskan rantaian jangkitan. Harapan seluruh rakyat Malaysia adalah untuk melihat negara bebas daripada wabak penyakit ini dan seterusnya bolehlah kita menjalani kehidupan seperti sediakala. 

Bagaimanapun, keadaan itu mungkin telah dicapai oleh negara jiran kita, iaitu Brunei Darussalam. Menerusi perkongsian sebuah video yang dimuatnaik oleh pelakon, Nur Akmalina Iskandar, atau lebih dikenali dengan nama Nina Iskandar, dapat dilihat suasana di Brunei seperti sudah bebas COVID-19. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nina Iskandar ?? (@ninaiskandar)

Baca juga: #SavePalestine Terus Jadi Trending, Perkongsian Semasa Fedtri Yahya Buat Ramai Yang Dah Mula Tak Kisah Pasal Raya

Video yang pada asalnya ingin berkongsi tentang satu tradisi berbuka puasa di Brunei itu mendapat perhatian ramai, terutamanya rakyat Malaysia, apabila melihat penduduk di situ tidak memakai pelitup muka. Melihat keadaan itu, wargamaya pun bertanya di ruangan komen tentang keadaan semasa COVID-19 di Brunei.

Menurut Nina, sewaktu awal pandemik COVID-19 dahulu, semuanya pematuhan SOP adalah ketat. Namun, kini selepas setahun semuanya kembali normal. Walaupun tidak ada lagi kes tempatan, mereka tetap mengamalkan langkah berjaga-jaga.

“Kami bergerak melalui aplikasi ‘BruHealth,’ dan kerajaan masih belum lagi naikkan sekatan sempadan negara. Melainkan yang betul-betul terpaksa, tapi itu pun melalui kelulusan kerajaan,” jelas Nina tentang keadaan semasa pandemik COVID-19 di Brunei. 

Sementara itu, rakyat Malaysia kagum melihat Brunei seperti sudah bebas daripada COVID-19 dan bebas bergerak tanpa mengenakan pelitup muka. Melihat perkara itu, sudah tentu ia menjadi harapan kita juga untuk Malaysia bebas daripada wabak tersebut dan boleh menjalani kehidupan normal seperti Brunei. 

Dalam pada itu, Nina berkongsikan tradisi berbuka puasa di Brunei di mana waktu berbuka di situ akan diumumkan oleh tembakan meriam, dan kemudian diiringi azan waktu Maghrib. Penduduk Brunei juga kini boleh solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal.

Baca juga: [VIDEO] “Isteri Call Cakap Anak Bakar Kereta” – Anak Main Mercun Sampai Terbakar Kereta Ayah

Sumber daripada: Instagram

Written by: Hamka Rosli


Previous post