Zaman pandemik ni boleh dikatakan antara zaman paling mencabar sekali. Ramai yang hilang punca pendapatan dek kerana terpaksa akur duduk di rumah bagi mengekang penularan wabak merbahaya COVID-19. Dalam mengharungi kehidupan yang tertekan, ramai juga yang menghadapi depression sehingga ada yang ambil keputusan untuk tamatkan nyawa sendiri.
Masing-masing perlukan kekuatan untuk terus hidup. Oleh itu, Fimie Don tampil memberikan kata-kata semangat buat semua untuk terus mengharungi kehidupan ini. Dalam hantaran yang dikongsikan Fimie, atau nama sebenarnya Shafimie Saedon, di Instagram miliknya, Fimie pada awalnya dilihat seperti ingin berkongsi cara untuk ambil nyawa sendiri dengan cara paling tidak menyakitkan.
View this post on Instagram
Bagaimanapun, lanjut video tersebut memaparkan Fimie hanya mahu mereka yang benar-benar terkesan dengan kehidupan untuk menonton video tersebut sehingga habis. Dalam video itu, Fimie menzahirkan kata-kata semangat buat sesiapa yang menonton video tersebut, yang mungkin kini dalam keadaan tertekan dengan hidup.
Dalam ruangan kapsyen, Fimie juga ada meletakkan sepotong terjemahan ayat Al-Quran yang menasihatkan kita untuk tidak meletakkan diri dalam bahaya.
“Aku tidak mendorong mahu pun mengajak sesiapa sahaja untuk melakukan perbuatan terkutuk itu, mengambil nyawa itu kerja tuhan,” tulis Fimie.
Selain itu, Fimie juga menyatakan mungkin mereka yang mengambil kerja tuhan itu tidak ada bahu untuk menumpang kasih. Fimie juga menawarkan dirinya sebagai sahabat untuk meluahkan rasa hati.

Sementara itu, menjengah di ruangan komen, ramai yang menyatakan mereka berasa sebak dan terkesan dengan video yang dihasilkan Fimie itu. Ramai yang turut meluahkan tentang tekanan hidup yang sedang dialami sekarang. Tambah lagi, ramai turut mengucapkan terima kasih buat Fimie kerana tampil dengan video yang memberikan semangat untuk teruskan kehidupan. Semoga mereka yang terkesan di luar sana terus diberikan kekuatan, dan sebagai sahabat kita bantu semampu yang boleh.
Baca juga: Kunci Instagram Dan Padam Semua Posting Lama, Rizalman Halang Ketaksuban Para Pengikutnya