Zaman sekarang ni memang mudah untuk memberi komen-komen yang kurang enak dan bersembunyi di sebalik papan kekunci. Mungkin kerana tiada akibat langsung kepada tukang komen atas komen-komen yang menyakitkan hati itu, jadi mereka bebas menaip apa sahaja di media sosial.
Terbaharu, anak Mawar Rashid menjadi mangsa kepada komen yang boleh dikatakan jahat di media sosial. Mawar yang juga merupakan seorang pelakon baru sahaja memuat naik gambar dia bersama puterinya, Raden Seri Rosabella Cinta. Gambar tersebut tentunya dimuatnaik oleh Mawar untuk berkongsi gambar bahagia bersama anaknya itu kepada para peminatnya di Instagram.
Bagaimanapun, gambar tersebut tetap mendapat komen yang negatif daripada sesetengah individu tidak bertanggungjawab yang mengatakan wajah puteri Mawar tidak comel dan berkulit gelap.

Walaupun hanya segelintir yang memberi komen yang tidak sepatutnya itu, ruangan komen pada gambar tersebut dibanjiri ratusan komen-komen mempertahankan anak Mawar yang kini berusia dua bulan. Semua mengatakan anaknya tetap kelihatan comel dan memiliki wajah persis ayahnya, iaitu Raf Yaakob.
Dalam pada itu, rata-rata warganet mengecam tindakan mengeluarkan komen yang tidak berasas itu. Sememangnya tidak ada keperluan untuk memberi komen seperti mempersendakan rupa paras seseorang, lagi-lagi kepada bayi yang tidak mengerti apa-apa. Semoga kita juga tidak menjadi golongan seperti itu dan sentiasa beringat sebelum mengeluarkan apa-apa komen di media sosial.
Baca juga artikel menarik lain:
“Sedut Warna Biru, Suntik Warna Oren” – Doktor Ini Tampil Beri Penjelasan Prosedur Suntikan Vaksin
Sumber daripada: Instagram