Kool FM

“Another Level of IG Story” – Nabila Razali Raih Perhatian Wargamaya

Lumrah kehidupan menjadi seorang selebriti ini sering menjadi tumpuan wargamaya terutamanya di media sosial seperti Instagram. Ragam-ragam wargamaya pun tak  kurang hebat juga, ada saja benda yang akan dikomen. Terlampau hebat sehingga kadang kala dah seperti ‘Detective Conan’. Semalam, gambar selebriti Nabila Razali tular di media sosial serta menjadi tanda tanya wargamaya apabila gambarnya kelihatan sangat jelas dan berkualiti.  

Satu ciapan di Twitter telah menimbulkan persoalan mengenai jenis camera yang digunakan oleh Nabila semasa di majlis persandingan pasangan powerful Ernie dan Syamel. Bila sebut mengenai wargamaya ni, memang ada pelbagai ragam. Rata-rata daripada pengikut Nabila sangat impressed  dan ada juga di kalangan mereka yang telah menyimpan lama persoalan mengenai jenis camera. Ada juga yang terus usha insta story Nabila kerana ciapan tersebut. Wah, amazing ya!

Kagum dengan wargamaya kerana mempunyai keinginan yang tinggi untuk tahu jenis camera yang digunakan oleh personal photographer Nabila, sampai ke website mereka cari.

Meninjau di Insta story Nabila ketika majlis berlangsung, memang tampak cantik dan luar biasa betul. Bukan sahaja ada gambar yang diambil, malah video-video juga turut diambil menggunakan menggunakan camera jenis mirrorless ini. Hebat, patutlah kualiti gambar dan video sangat tiptop!

Gelagat wargamaya ni sangat mencuit hati sehingga ada di kalangan mereka yang berkata Insta Story Nabila lebih jelas daripada masa depannya. Aduhai, power sangat ni Insta Story Nabila sampai macam tu sekali mereka terkesan. Orang dah manis dan ayu, ditambah pula dengan kualiti gambar yang tiptop, memang cantik sangat. Terpegun semua. 

Penulis: Aqilah Paharuzi

Baca juga:

Sumber: Twitter/@__natashaanuar

  Instagram/@nabila.razali

Exit mobile version