Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Apa Yang Dengki Sangat Tu?” Seluruh Ahli Keluarga Norman Hakim Dipanggil Polis

today18 May 2021

Background

Tahun 2021 merupakan tahun kedua Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri dibawah perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ia bukanlah situasi yang mudah buat rakyat Malaysia memandangkan hari raya adalah masa untuk rakyat Malaysia saling ziara-menziarahi antara keluarga dan kawan-kawan. Oleh itu, disebabkan peningkatan kes COvid-19 dilihat membimbangkan, kerajaan telah melarang aktiviti ziarah dilakukan pada hari raya dan pemantauan ketat akan dilakukan oleh pihak polis sepanjang hari raya lalu.

Bagaimanapun, terdapat juga individu yang tidak bertanggungjawab masih lakukan aktiviti ziarah padah hari hari termasuk salah seorang selebriti Norman Hakim dan keluargnya. Timbul dakwaan Norman dan keluarganya telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 apabila beberapa keping gambar mereka dimuat naik sendiri oleh Abby Abadi dan ia mula tular apabila wargamaya pertikaikan tindakan mereka.

Norman ddan semua ahli keluarga  kemudiannya dilaporkan akan dipanggil oleh pihak polis untuk memberi keterangan berhubung isu tersebut. Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, pihaknya menerima satu laporan polis berkaitan pelanggaran SOP tersebut. Difahamkan, gambar keluarga selebriti berkenaan sebelum ini tular di media sosial dan dipercayai tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan iaitu larangan kunjung-mengunjung atau ziarah Aidilfitri.

Baca artikel lain: Nabila Huda Kongsi Video Ujian Swab Keisha, Wargamaya Pula Bengang Nurse “Pusing” Lama Sangat

Gambar yang menunjukkan Norman sekeluarga dan Abby sekeluarga menyambut hari raya bersama yang disyaki tidak tinggal sebumbung di kediaman selebriti terbabit yang terletak di Hulu Klang, Ampang, Selangor. Tambah laporan, terdapat lebih kurang 13 individu disyaki satu keluarga yang dipaparkan dalam gambar berkenaan.

Takkan raya takleh jumpa? Apa yang dengki sangat tu?

Kenyataan yang dikongsikan oleh Abby di InstaStory di Instagram miliknya telah membuatkan orang ramai mula persoalkan niatnya yang berkongsi gambar yang melanggar SOP secara terang-terangan. Kes pelanggaran SOP Norman sekeluarga kemudiannya akan disiasat di bawah Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Baca juga: “Sangat Membuka Mata Dan Menginsafkan” – Liputan Khas Covid-19 Majalah 3 Membuat Orang Ramai Menangis

Sumber: Harian Metro

Written by: Adinna


Previous post