Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Apa Yang Kau Tak Buat Dulu Demi Bantu Aku?” – Ucapan Achey Buat Isteri Undang Rasa Sebak Netizen

today21 April 2021

Background

Ada perumpamaan yang mengatakan bahawa di sebalik kejayaan seorang suami pasti ada seorang isteri yang sentiasa di belakangnya. Malah ada juga yang percaya bahawa isteri itu magnet rezeki. Martabat seorang isteri amatlah tinggi di sisi agama terutama isteri yang bersabar dan sentiasa menjaga keharmonian rumah tangga. Maka beruntunglah suami yang memiliki seorang wanita tabah yang bergelar isteri.

Terbaru, pelawak dan pelakon, Achey, ada berkongsikan sekeping gambar bersama kapsyen panjang yang ditujukan khas buat isterinya, Nur Hasanah atau Anne di laman Instagram miliknya. Tanggal 21 April merupakan tanggal hari lahir buat Anne. Di kesempatan ini, Achey dengan ikhlas mengirimkan ucapan istimewa buatnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung)

Baca juga: “Tiara Pun Koyak Tengok MV Sembuh” – Achey Beri ‘Hint’ Keluarkan MV Terbaru

Menurut Achey, isterinya adalah wanita yang cukup cekal dalam kepayahan dan hebat kesabarannya. Dia kemudiannya mengimbau kembali kenangan waktu lampau yang dilalui mereka berdua pada awal perkahwinan mereka.

Kata Achey, banyak kesusahan yang mereka lalui bersama namun, isterinya tetap tenang dalam menghadapi ujian. Macm-macam pekerjaan dilakukan bagi mendapatkan duit halal supaya dapatlah juga membantu suami ketika itu.

“Apa yang kau tak buat dulu demi bantu aku?… semua yang halal awak buat janji lepas”

Tambah Achey, isterinya Anne merupakan tulang belakang dan penyokong utamanya sejak awal lagi.

“Dia lah orang pertama percaya dengan kesungguhan saya untuk ujibakat… dialah insan yang buat prop saya sampai saya dapat masuk tv”

Achey turut berkata, apa yang mereka ada hari ini adalah nikmat yang diberikan Tuhan atas ujian kesusahan sebelum ini dan dia sangat bersyukur kerana dikurniakan isteri yang sentiasa berada di sampingnya.

Memang benarlah mujarabnya doa seorang isteri yang berkorban. Malah wanita seperti ini layak digelar “Wonder Woman”. Melihat kepada ruangan komen, rata-rata turut memberikan ucapan ulangtahun, titipan doa and pujian buat Anne.

Apa pun kita doakan semoga rumah tangga Achey dan isteri berkekalan sehingga ke akhirnya.

Baca juga: “Manusia Ni Benci Dengan Kebenaran” – Fimie Don Luah Rasa Tak Suka Kepada Manusia Ego

Sumber: Achey

Written by: Danisyah Dalily


Previous post

Gaya Hidup

[VIDEO] Belum Ada Zuriat, Mentua Tuduh Isteri Mandul Tapi Rupa-Rupanya Suami Yang Problem

Menerusi rakaman yang dimuat naik di akaun milik Info Bumi dan Si Kecil, kelihatan seorang doktor wanita dan sepasang suami isteri melakonkan semula adegan kisah benar di mana mereka belum dikurniakan anak walaupun sudah berkahwin selama 11 tahun.Pasangan itu hampir bercerai gara-gara si isteri dituduh mandul oleh pihak keluarga suami. Namun, setelah berjumpa doktor dan diperiksa, keadaan rahim si isteri normal dan tidak ada apa-apa masalah. "Dan ternyata hasil ujian […]

today21 April 2021