Kool FM

“Asyraf Dan Tya Dah Minta Izin TokTi Ka?” Warganet Persoal Tindakan Asyraf Khalid Kongsi Gambar Anak Lelaki TokTi

Umum tahu penyanyi nombor satu Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa TokTi telah selamat melahirkan anak lelakinya pagi tadi. Menerusi perkongsian TokTi di Instagram, beliau secara rasmi telah berkongsi sebuah video pendek yang menyatakan dirinya telah selamat bersalin bersama beberapa klip video pendek yang menampak sisi tepi wajah anak lelakinya itu.

Namun, tidak lama selepas itu gambar bayi lelaki TokTi mula tersebar selepas Asyraf Khalid, iaitu anak lelaki kepada Datuk Khalid bersama bekas isterinya, Datin Seri Tengku Zawyah Tengku Izham telah memuat naik beberapa keping gambar adiknya itu di Instagram miliknya.

Tindakan tersebut pada mulanya diterima umum kerana sudah tentu masing-masing tidak sabar melihat wajah putera kesayangan TokTi dan suaminya yang sudah lama dinanti. Bagaimanapun, kini warganet mempersoalkan tindakannya itu seakan tidak menghormati ibu tirinya.

Baca artikel berkaitan: Tahniah! Dato’ Sri Siti Nurhaliza Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Perkongsian Asyraf itu bukan sahaja menerima pujian yang rata-ratanya menyatakan bayi lelaki TokTi sangat comel namun ada juga menyatakan tindakan Asyraf itu tidak wajar dan adalah lebih baik Asyraf menunggu ibu bapa bayi tersebut iaitu Tokti dan Datuk Khalid membuat perkongsian secara rasmi.

Walaupun kelahiran adalah satu perkara yang baik dan haruslah disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan namun tidaklah wajar perkara ini berlaku sekali lagi seperti yang terjadi ketika gambar bayi anak pertama TokTi, Siti Aafiyah disebarkan oleh individu tidak bertanggungjawab.

Tindakan Asyraf tersebut bagaimanapun telah menerima beberapa pandangan daripada warganet yang menyatakan ia sepatutnya tidak boleh berlaku dan warganet mula menyatakan tindakan tersebut seakan sengaja kerana Asyraf mahu mendapat perhatian peminat ibu tirinya itu dan orang ramai. Ada seorang warganet meluahkan rasa kasihan akan TokTi kerana kejadian ini seakan berulang semula selepas kisah gambar bayi Siti Aafiyah disebarkan dan kini ia disebarkan pula oleh ahli keluarganya sendiri.

Jika dilihat dari sudut lain, mungkin perkongsian Asyraf ini telah menerima kebenaran daripada Tokti dan Datuk Khalid. Apapun, semoga urusan berpantang Tokti dan bayi lelakinya itu dipermudahkan serta bayi dan ibu sihat sentiasa! Agaknya apa nama adik lelaki Aafiyah ini ya? Katanya akan mula dengan pangkal huruf A juga..

Baca juga: “Tokti Makin Muda” – Buat Video Lipsync, Netizen Terpegun Siti Nurhaliza Kelihatan Makin Comel

Sumber: Instagram Asyraf Khalid, Twitter

Exit mobile version