Sebagai rakan artis memang kebiasaannya akan memberikan sokongan padu buat rakan artis lain. Tak kira dalam bidang lakonan atau nyanyian, ataupun dalam perniagaan, itulah semangat berkawan yang ditunjukkan oleh para artis. Terbaharu, melalui Instagram Zizan Razak dapat dilihat bagaimana dia memberikan sokongan kepada Dato’ Sri Aliff Syukri untuk terus maju dalam bidang nyanyian.
View this post on Instagram
“Ternyata Dato’ penyanyi nombor satu negara, trending nombor satu lagi. Vokal memang ala ala penyanyi barat. Harap Dato’ dapat buat persembahan di Grammy Award lepas ni,” tulis Zizan.
Bagaimanapun, Aliff Syukri seperti sangsi dengan kenyataan Zizan itu sehingga merasakan Zizan cuba memerli dirinya. Namun tidak lama selepas itu, Aliff Syukri yang juga merupakan seorang usahawan berjaya memuat naik satu hantaran balas di Instagramnya. Beliau menyatakan rasa syukur dan terima kasih kepada Zizan kerana memuji suaranya.
View this post on Instagram
Tambah Aliff lagi, Zizan ni memang pandai menilai bakat orang. Sementara itu, meninjau di ruangan komen pula nampaknya Zizan ada memberi maklum balas terhadap Aliff. Katanya, sejujurnya bakat Aliff Syukri tidak boleh disangkal lagi. Tidak dapat dipastikan sama ada Zizan bergurau ataupun memang serius.
“Saya tahu kemampuan vokal Dato’ macam mana. Cuma yang nak nyanyi secara langsung depan saya tu, saya kena tengok jadual saya dahulu,” balas Zizan.

Bagaimanapun, tetap ada yang merasakan Zizan cuma bergurau dengan Aliff Syukri dan menyatakan ianya satu perlian. Apa-apa pun, kita doakan agar impian Aliff Syukri untuk bergelar penyanyi terlaksana.
Sumber daripada: Instagram