Kool FM

“Baby Nampak Sihat” – Asyraf Khalid Kongsi Gambar Adik, Peminat Teruja Dapat Melihat Wajah Anak Lelaki Tokti

Walaupun baru sahaja pagi tadi, nampaknya ramai yang sudah mendapat khabar berita tentang penyanyi tersohor negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang selamat melahirkan bayi lelaki awal pagi tadi, (19 April 2021 bersamaan 7 Ramadan). Memang rata-rata teruja dengan berita tersebut dan mengucapkan tahniah kepada Siti Nuhaliza.

Bagaimanapun, menerusi akaun Instagram anak tirinya, Asyraf Jiwa Khalid, peminat kini boleh menatap kecomelan wajah bayi lelaki Siti Nurhaliza, atau mesra dipanggil Tokti. Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata terpesona dengan wajah baby baharu Tokti yang kelihatan sihat.

Baca juga: “Tokti Makin Muda” – Buat Video Lipsync, Netizen Terpegun Siti Nurhaliza Kelihatan Makin Comel

Semua turut menitipkan rasa syukur ke atas kelahiran baharu dalam keluarga Tokti. Semoga Allah permudahkan segala urusan Tokti untuk membesarkan baby yang baru lahir ini untuk menjadi anak yang soleh. Comelkan anak lelaki Tokti ni? Siti Aafiyah mesti teruja bila dapat berjumpa dengan adiknya ini nanti. 

Baca juga: Tahniah! Dato’ Sri Siti Nurhaliza Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Sumber daripada: Instagram

Exit mobile version