Kool FM

“Bagai Kacang Lupakan Kulit” – Caprice Mahu Saman Instafamous Yang Tak Nak Tanggungjawab Isu Langgar SOP

Terdahulu, Caprice mendedahkan tentang seorang ‘instafamous’ yang dalam diam menggunakan anak-anak yatim dan artis sebagai ‘marketing’ atau subjek bagi memasarkan produk yang dijual olehnya. Instafamous ini sebenarnya telah melanggar SOP di luar kawasan dewan dengan berkumpul beramai-ramai dan kemudian berkongsikan gambar-gambar dan video tersebut ke laman sosial sehingga tular.

Caprice yang merupakan “tuan rumah” majlis berkenaan bersama beberapa lagi orang artis dipanggil pihak berkuasa sejurus selepas gambar dan video itu tular di laman sosial atas isu mengadakan majlis dengan tidak mematuhi SOP yang ditetapkan. Nama Caprice ‘naik’ dan disebut-sebut wargamaya malah reputasi syarikat miliknya turut terkesan dek kerana hal ini.

Terbaru, Caprice sekali lagi mendedahkan tentang instafamous tersebut yang masih tidak mahu mengaku kesalahannya dan masih berdiam diri di laman Instagram miliknya.

Menurut Caprice, instafamous ini bukan sahaja hilang tetapi turut “block” dirinya dan beberapa lagi artis yang terlibat di media sosial. Dia juga mengupah peguam berkaitan hal ini dan sebolehnya tidak mahu tampil mengaku salah. Oleh itu, Caprice dengan tegas memberitahu bahawa dia akan menyaman instafamous tersebut kerana telah menjatuhkan reputasi syarikat serta majlis secara tertutup yang diadakannya.

Caprice turut menambah bahawa pihaknya sudah memberikan masa buat instafamous tersebut untuk bekerjasama menyelesaikan isu ini dan membuat kenyataan mengaku salah secara terbuka kepada anak-anak yatim dan artis yang terlibat sehingga terpaksa berjumpa dengan pihak polis namun sehingga hari ini, instafamous berkenaan senyap sahaja.

Apa yang membuatkan Caprice bertambah tidak puas hati adalah dia pula yang terpaksa menjawab dengan pihak media dan pihak berkuasa sedangkan bukan dia yang membuat onar tersebut. Caprice merasakan ini tidak adil bagi dirinya kerana tindakan tidak bertanggungjawab itu dibuat oleh instafamous berkenaan yang hilang selepas membuat kesalahan.

Bagai kacang lupakan kulit, Caprice meminta supaya instafamous berkenaan tidak lupakan diri. Dahulu, instafamous itu meminta dirinya dan beberapa lagi artis untuk tolong mempromosikan produk yang dijual olehnya namun, apabila ada masalah yang timbul, dia hilang tidak kelihatan. Bukan itu sahaja, tindakannya menyekat atau “block” sebahagian artis menjadikan hal ini lebih besar.

Malah, instafamous itu sendiri ada membalas di ruangan komen posting berkenaan tanpa rasa takut dan bersalah.

Tak seronok lah jika ada yang saman-menyaman. Sesiapa yang melakukan kesalahan diharap dapat bertanggungjawab di atas tindakan yang dilakukan. Apa pun, kita doakan agar kes ini dapat segera diselesaikan antara pihak-pihak yang terlibat.

Baca juga: Instafamous Guna Artis Dan Anak Yatim Sebagai Marketing Punca Nama Caprice “Naik” Langgar SOP

Sumber: Caprice

Exit mobile version