Semalam, isteri kepada usahawan kosmetik terkenal, Dato Aliff Syukri memuat naik sebuah video anak ketiga mereka, Ibraheem Adham mengalami benjolan besar di bahagian kepala.
Menurut penerangan dari Ibrahaem atau lebih mesra panggilan Baim, dirinya terjatuh ditolak ketika bermain bersama kakaknya, Khadijah.

Apa yang menarik perhatian kami lagi apabila drama yang ditimbulkan oleh Datin sendiri yang mengatakan kesan benjolan besar bahagian kepala akan menyebabkan Baim akan hilang ingatan.
Baim yang mendengarkan dari Datin, terus menangis ketakutan dan berzikir untuk tidak hilang ingatan. Menerusi tulisan Datin pada posting tersebut, dia bertindak begitu kerana anak ketiganya terlalu lasak dan mengharapkan timbul keinsafan selepas kejadian ini berlaku.
Jom lihat kekalutan yang berlaku, sangat melucukan!
Nasib baik tak berjahit kepala tu. Bila dah besar nanti, mesti ketawa melihat perangai masing-masing masa kecil.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Lempar Kucing Demi TikTok, Aliff Syukri Disaman | KP
“Mak aii.. RM16.90” Alif Syukri Jual Mi Segera Harga Kayangan Dikecam Warganet
Sumber: instagram
