Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Banyak Pahala Buat Orang Gembira” – Chef Wan Tempelak Golongan Suka Kecam, Backup DSV Buat Video Gila-Gila

today1 April 2021

Background

Pelbagai ragam sebenarnya orang zaman sekarang ni, lagi-lagi di media sosial. Ada yang positif dan ada juga yang gembar berikan kata-kata negatif di media sosial. Tidak kira apa jua platform yang digunakan, tentu akan ada kelompok yang gemar menghamburkan kecaman kepada content yang gila-gila. Mungkin disebabkan berselindung di sebalik papan kekunci, maka lebih mudah untuk beri kecaman.

Bagaimanapun,  Datuk Redzuawan Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Chef Wan, berkongsi pendapat beliau mengenai perkara ini. Dalam perkongsian terbaharu di Instagram miliknya, Chef Wan menyatakan bahawa beliau gemar menonton video TikTok yang dihasilkan oleh Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV). Menurutnya, kita semua sukakan perhatian dalam hidup ini, dan kalau ia membantu dari segi perniagaan, jadi apa salahnya. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Mengakui zaman sekarang pelbagai gimik dilakukan untuk melariskan jualan, bagi Chef Wan tidak ada salahnya selagi ia tidak mendatangkan mudarat. 

Yang tak berkenan di hati memanglah akan mengumpat dan mengata. Lagilah menambah dosa kita,” kata Chef Wan.

Kecaman dan umpatan itu mungkin pekara yang sering dihadapi oleh mereka yang menghasilkan video yang gila-gila, namun bagi Chef Wan ia hanya menambahkan dosa. Katanya, kebiasaannya content yang dihasilkan seperti DSV hanyalah untuk menghiburkan orang dan buat mereka ketawa. Banyak pahala buat orang gembira dan ketawa, katanya lagi. 

Menurut Chef Wan, walaupun kadang-kadang content yang dihasilkan oleh influencer di luar sana seperti mempermainkan orang lain, namun ianya hanyalah komedi. 

“Ianya cuma komedi dan kita tak boleh ambil secara serius. Kalau tidak, macam mana nak ketawa?” tambah Chef Wan lagi. 

Natijahnya, Chef Wan menempelak golongan yang hanya suka kutuk mengutuk sahaja di media sosial. Baginya, itu hanyalah sia-sia dan menambah dosa. Lebih baik buat content yang boleh buat orang gelak dan dalam masa yang sama boleh jana pendapatan. 

Baca juga artikel menarik lain:

“Teringat Zaman Sekolah Dulu” – Elite Kembali Bergabung Selepas 20 Tahun, Peminat Turut Teruja!

Ronaldo Akhirnya Mohon Maaf Pengaruhi Kanak-Kanak Seluruh Dunia Dengan Gaya Rambutnya Yang Lucu

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Buletin

Hindari tekanan, buli di tempat kerja

SERING kali kita dengar tentang kisah tragis kes buli. Setiap tahun, ada sahaja cerita tidak enak muncul di ruang media sosial. Masih terngiang dalam fikiran tentang tragedi pilu membabitkan seorang kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain yang didera secara teruk sehingga meragut nyawanya. Paling sering didengar juga kes buli antara pekerja di dalam sebuah pejabat yang sama. Pasti­nya perkara itu bukan sesuatu yang boleh diambil ringan. Di […]

today1 April 2021