Kool FM

Baru Bergelar Miss J, Ramai Tertanya Nadia Brian Sudah Habis Tempoh Iddah?

Umum tahu baru-baru ini pelakon jelita Nadia Brian baru sahaja sah bercerai bersama bekas suami, Muizz Nasruddin, 30, dengan talak satu. Namun, satu video perkongsiannya semalam telah menimbulkan tanda tanya kepada warganet bahawa adakah status iddahnya sudah habis tempoh memandangkan Nadia dilihat gembira berjalan di sebuah pusat membeli belah.

Tindakan Nadia mempamerkan dirinya sambil menggayakan dirinya persis model antarabangsa jelas terpancar kebahagiaan di wajahnya setelah bergelar janda muda atau lebih mesra juga disapa ‘Miss J’. Perkongsiaanya itu telah meraih pelbagai reaksi daripada warganet dan rata-ratanya meluahkan kata-kata negatif kepada Nadia.

Baca artikel berkaitan: Pengarah ‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’ Kecewa Babak Seram Dipotong, Risau Penonton Tak Faham Jalan Cerita

Meninjau ke ruangan komen, ada juga pengikutnya memberi komen memuji Nadia dan menyatakan Nadia dilihat semakin cantik dan ‘berbisa’ setelah kembali bujang. Bagaimana pun ada juga warganet sempat mempersoalkan tempoh iddah Nadia memandangkan perbuatan dan cara pakaian Nadia di dalam video kelihatan seakan tidak menghormati situasi yang sedang melanda dirinya. Jika dilihat dari sudut positif, teguran warganet ini adalah untuk kebaikkan Nadia yangbaru sahaja bercerai dengan bekas suami kerana Nadia seharusnya tidak mengendahkan hukum agama apabila dilihat keluar rumah biarpun dalam tempoh ‘iddah.

Sebagai rekod, Nadia Brian telah mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan Muizz Nasruddin pada 9 November 2019. Namun, jodoh mereka tidak berpanjangan setelah bekas suaminya melafazkan cerai talak 1 baru-baru ini.

Baca juga: “Eee.. Geli!” Aksi Nadia Brian Dukung Ular Sawa 240KG Buat Warganet Meremang

Sumber: Instagram Nadia Brian

Exit mobile version