Sejak minggu lepas tak putus-putus kita dengar berita gembira tentang keputusan SPM. Walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran terutama cabaran menghadapi peperiksaan penting ketika wabak pandemik masih sedang mengganas, pelajar SPM tahun 2020 berjaya membuktikan bahawa mereka adalah generasi hebat.
Baca juga: Hadiahkan Adik iPhone Sebab Dapat Keputusan SPM Cemerlang, Ramai Yang Nak Jadi Adik Azfar Heri
Walaupun sudah seminggu keputusan SPM keluar, namun nama Sarah Hannah masih tak lekang diperkatakan di media sosial mahupun berita tempatan. Gadis ini ada berkongsikan video reaksinya menerima keputusan SPM di akaun TikTok dan ia mendapat tontonan lebih daripada setengah juta.
@_sarahhannahbehind the happy pictures i posted, there’s this. This made everything worth it. Alhamdullilah ? #spm2020 #spmpromax #spmresults2020 #spm♬ As the World Caves In – Sarah Cothran
Keputusan SPM Sarah amatlah membanggakan iaitu 8A+ 1A. Bukan senang pelajar aliran sains nak dapat A+ kerana subjek sains adalah antara yang sukar untuk pelajar skor ketika peperiksaan namun Sarah berjaya lakukannya.
Rata-rata wargamaya menggelarnya “Beauty, Brain and Attitude”. Hal ini adalah kerana Sarah bukan sahaja bijak namun dia mempunyai rupa paras yang cantik seperti ada darah kacukan dan dia juga sangat menghargai guru-gurunya.
Menerusi video TikTok yang dikongsikan, Sarah dilihat memberikan mesej ucapan terima kasih kepada para guru yang telah mengajarnya. Kata Sarah, mereka telah banyak membantunya dalam pelajaran. Tentunya dia tidak mahu melupakan jasa mereka begitu sahaja.
Susulan daripada keputusan cemerlang yang diperolehi, ramai yang meminta supaya Sarah memberikan tips belajar. Ini memberikan Sarah inspirasi untuk membuat akaun YouTube sendiri. Namun, ianya masih di dalam perancangan. Apa pun kita doakan agar dengan keputusan yang cemerlang ini, Sarah dapat melangkah lebih jauh lagi selepas ini.
Sumber: Sarah Hannah
