Tanggal 13 April merupakan tanggal hari ulangtahun buat pelakon, Ardell Aryana. Namun apa yang menjadi tumpuan adalah Ardell menghadiahkan sebuah kereta mewah buat suaminya yang juga seorang pelakon, Nadzmi Adhwa. Bak kata Nadzmi, “Birthday kau tapi aku yang dapat hadiah”.
Jarang-jarang ‘birthday girl’ beri hadiah pada orang lain di tarikh hari lahir tau. Inikan pula hadiah mewah, bukan calang-calang, kereta jenis Mercedes Benz C300 pula tu. Patutlah Nadzmi sampai terduduk, terkejut dengan pemberian tidak disangka itu.

Baca juga: Genap Satu Dekad Berpuasa, Soo Wincci Masih Teguh Dengan Pendiriannya di Bumi Sepanyol
Difahamkan, Nadzmi telah menghadiahkan sebuah kereta mewah berjenama Toyota Alphard kepada Ardell beberapa hari lebih awal daripada tarikh sebenar hari ulangtahun isterinya itu. Hal ini adalah kerana dia takut kejutan yang ingin diberikan tidak menjadi berdasarkan pengalaman-pengalamannya yang lepas. Ternyata, Ardell memang terkejut dengan ‘surprise‘ yang diusahakan Nadzmi sehingga terpaku Ardell sambil mendukung anak kecil mereka.
Oleh itu, pemberian Mercedes oleh Ardell ini adalah sebagai tanda membalas balik kejutan yang diberikan oleh suaminya terdahulu. Hadiah sebuah kereta mewah dibalas dengan sebuah lagi kereta mewah. ‘Fair and square‘ kata orang.
Nadzmi ada berkongsikan video tersebut di Reels Instagram. Dapat lihat jelas reaksi Nadzmi ketika mendapat kejutan tersebut.
Menerusi ruangan komen daripada posting yang dikongsikan, ada yang berkata ibaratnya mudah sangat Ardell dan Nadzmi menghadiahkan asset mewah buat satu sama lain, macam beli coklat.
Manakala, rata-rata mengucapkan tahniah buat pasangan ini dan memuji cara mereka menghargai sesama sendiri. Sudah tertulis rezeki buat mereka. Apa pun kita doakan yang baik-baik buat pasangan ini.
Baca juga: Drama Nur Dan Nur 2 Kini Merentas Ke Indonesia
Sumber: Nadzmi Adhwa