Kool FM

“Belum Boleh Move On” – Akibat Terlalu Rindu, Lelaki Ini Bertindak Gali Kubur Arwah Isterinya

Antara perkara yang membuatkan separuh jiwa kita hilang adalah apabila kita kehilangan orang yang tersayang seperti ibu bapa atau pun pasangan hidup kita. Bagaimanapun, kita tidak seharusnya sedih berpanjangan dengan kehilangan tersebut, dan belajar untuk menerima pemergian orang yang tersayang itu. Namun, tindakan seorang lelaki di Indonesia ini tular di media sosial apabila dia dilihat menggali semula kubur isterinya kerana tidak tahan rindu.

Kejadian yang berlaku di Kota Semarang, Jawa Tengah, Indonesia itu dikongsikan di Instagram memaparkan bagaimana seorang lelaki menggali kubur isterinya kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa pasangan hidupnya telah me­ninggal dunia. Dalam klip video pendek itu, lelaki tersebut dilihat berusaha sekuat tenaga menggali kubur tersebut menggunakan cangkul tanpa dibantu sesiapa.

Menurut keterangan video, lelaki itu tidak dapat melupakan arwah isterinya sehingga ter­desak menggali kembali jenazah yang telah dikebumikan itu. Bagaimanapun, lelaki itu dilihat tersungkur di kubur isterinya sebelum kerja menggali itu selesai dengan raut wajah yang sedih ketika memandang kubur isterinya.

Video berdurasi 15 saat itu ditonton lebih 500 ribu kali dan dibanjiri lebih seribu komen wargamaya yang kebanyakan meluahkan kata-kata simpati. Selain itu, ramai juga yang meminta untuk lelaki itu bersabar dan menerima pemergian isterinya itu dengan tenang. Mungkin sukar bagi lelaki itu menerima hakikat bahawa separuh jiwanya sudah pergi, namun sebagai manusia yang masih hidup kita tetap perlu meneruskan kehidupan ini tidak kira apa pun.

Baca juga artikel menarik lain:

Penggal Kepala Bapa Dan Berarak Keliling Kampung Sebab Tak Bagi Izin Kahwin Gadis Pilihan

Beli-belah Pakaian Teman Wanita, Hubungan Bersama Skandal Kantoi Di Tengah Jalan

 

Sumber daripada: Kosmo

Exit mobile version