Pernah tak anda membuat rakaman video lepas tu bila dengar balik rasa macam buruk gila suara anda dalam video tersebut. Rasanya ramai je yang rasa macam ni. Memang rasa pelik bila suara dalam video atau audio yang kita rakam tak sama dengan suara yang kita dengar setiap hari ni. Suara nyanyi tu lain lah sebab nyanyian tu ada melodi yang merdu, melainkan suara nyanyi kita tak sedap. Jadi kenapa dan apa sebabnya suara yang kita record tu lain bunyinya dengan suara yang biasa kita dengar?
Fenomena ini sebenarnya dianggap normal dan digelar sebagai voice confrontation. Tapi kalau kita dengar suara orang lain tak ada pula kita rasa pelik. Cuma suara sendiri je yang kita rasa bunyi macam pelik. Satu explanation yang biasa dijumpai di media-media adalah kerana semasa kita bercakap, kita menerima bunyi yang keluar dari mulut kita dan juga bunyi dari bahagian dalam melalui getaran pada tulang kita.
Bunyi yang bergerak dari bahagian dalam mempunyai frekuensi yang rendah, dan frekuensi ini tidak ada pada bunyi yang keluar dari mulut kita. Oleh sebab itu, bila kita dengar suara yang kita rakam, suara kita kedengaran sedikit tinggi dan berbeza sebab tiadanya frekuensi yang rendah tadi. Hal ini berlainan dengan suara dari orang lain kerana suara mereka bergerak dari mulut direct ke telinga kita. Jadi frekuensi yang rendah tu tak diterima oleh pendengaran kita.
Kadang-Kadang Rasa Tak Suka Dengan Suara Sendiri
Menurut pakar psikologi, suara kita memainkan peranan besar dalam membentuk identiti kita. Jadi ia menjadi salah satu punca kenapa kita akan rasa tak suka bila dengar balik rakaman suara kita. Biasa bunyi macam sedap je, tapi bila rakam macam bunyi kartun pula. Secara normalnya kita memang tak akan suka kalau sesuatu perkara tu tak seperti yang kita harapkan, dan suara yang biasa kita dengar adalah salah satu daripadanya.
Disebabkan suara kita tak sama dengan apa yang kita harapkan, kita jadi tak suka nak dengar suara kita atau tengok video yang kita rakam. Tapi melainkan anda seorang Youtuber, mugkin anda dah biasa dengan suara dalam video tu. Hal ini juga akan membuatkan kita berfikir adakah ini suara yang orang selalu dengar bila kita bercakap. Kalau ada yang tak suka dengan suara rakaman sendiri, ia akan membuatkan anda overthinking dengan apa yang orang lain fikir tentang suara asli anda.
Tapi sebenarnya orang lain tak fikir sangat pun pasal suara kita sebab itulah suara yang mereka dengar sejak pertama kali berjumpa. Sama macam pandangan kita terhadap suara kawan-kawan kita, sebab suara dalam video dengan suara sebenar mereka bunyi sama je.

Boleh Ubah Ke Suara Kita?
Jawapannya mestilah boleh. Kalau kita betul-betul tak suka suara kita, kita boleh berjumpa dengan ahli terapi suara yang terlatih. Ia berbeza dengan ahli terapi percakapan. Ahli terapi suara akan membantu kita meningkatkan irama nada dengan latihan tertentu. Ia seperti fisioterapi, tetapi untuk suara. Kalau tak berjaya juga, ada pembedahan untuk ubah suara yang boleh dilakukan. Tapi rasanya lebih baik kita bersyukur dengan suara yang kita ada ni.
Baca juga artikel menarik lain:
‘Watch At Your Own Risk’ – Tular Filem Seram Di TikTok Sehingga Membuatkan Ramai Trauma
Makan Sebiji Telur Sehari Boleh Meningkatkan Risiko Penyakit Diabetes Sebanyak 60 Peratus