Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Benci Mak Tengok Kau Nyanyi” – Niat Keluarkan Lagu Raya Baharu, Aliff Syukri Kena Sound Setepek Dengan Bonda

today20 April 2021

Background

Orang-orang kita ni punya persediaan raya memang awal. Kadang-kadang tu baru masuk hari puasa pertama dah siap-siap beli baju raya, kuih raya semua. Maklumlah tak nak kelam kabut bila dah hujung Ramadan. Lagu-lagu raya pun bila dah masuk pertengahan Ramadan, dah mula dimainkan di corong-corong radio. Lagu raya mana yang paling anda suka?

Kalau anda mahukan lagu raya baharu yang segar, mungkin anda bakal mendapatkannya sebab Dato’ Sri Aliff Syukri dah mula pasang niat untuk hasilkan lagu raya tahun ini. Menerusi perkongsian video di Instagramnya, Aliff Syukri bertanya kepada orang ramai sama ada mahukan dirinya menghasilkan lagu raya baharu ataupun tidak pada tahun ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aliff syukri bin kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)

Baca juga: [VIDEO] “Saya Tak Pernah Janji” – Wani Comel Dakwa Diperguna, Ini Penjelasan Aliff Syukri

“Patut tak saya keluarkan lagu raya tahun ni? Kalau ramai yang komen yes saya akan keluarkan, saya harap anda komen jujur ya sebab komen anda penentu lagu raya tahun ni saya keluarkan ataupun tidak,” ujarnya meminta pandangan para pengikutnya.  

Menurutnya lagi, kalau ramai yang sokong, malam ini Aliff Syukri akan ke bilik rakaman untuk merakamkan lagu baharu tersebut. Dalam pada itu, bonda kepada Aliff Syukri, iaitu Rozita Ibrahim, menyuarakan pendapat mengenai niat anaknya itu di ruangan komen. 

“Kri ohh Kri, sudahlah nyanyi-nyanyi. Benci mak tengok kau nyanyi. Sumbang tunggang-langgang, suka buat orang marah,” tulis Bonda Rozita.

Sementara itu, meninjau di ruangan komen, ramai juga wargamaya yang memberikan sokongan kepada Aliff Syukri untuk menghasilkan lagu raya baharu itu, termasuklah Aeril Zafrel dengan membalas komen “Yes Dato”. Apa-apa pun, kita nantikan sama ada Aliff Syukri bakal mengeluarkan lagu raya baharu tahun ini ataupun tidak.

Baca juga: “Hormatilah Maruah Ustaz” – Instafamous Seksi Mohon Maaf Undang Fitnah Bergambar Dengan Pendakwah Bebas

Sumber daripada: Instagram

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Buletin

Pelajar MRSM cetus Kluster Tagasan di Semporna

Kota Kinabalu: Sabah mencatat satu lagi kluster Covid-19 yang membabitkan pelajar sekolah selepas seorang pelajar Tingkatan Empat, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Semporna dikesan positif menerusi saringan bergejala pada 8 April lalu. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today20 April 2021