Apabila bercakap mengenai penjagaan persekitaran alam sekitar ini, masyarakat kita semestinya dah memahami tentang cara-cara untuk menghindari pencemaran alam sekitar. namun, masih ada segelintir dariapda masyarakat kita yang membuang sampah tepi jalan seperti tiada perasaan salah langsung. Bayangkan keadaan apabila ada tetamu yang buang sampah merata-rata di rumah anda, pasti anda geram kan? Baru-baru ini, penggembara dan pengacara loghat Terengganu yang berasal dari England yang dikenali sebagai Mat Dan meluahkan perasaan kesal apabila kereta di hadapannya membuang face mask di tepi jalan semasa dia dalam perjalanan untuk menghantar anaknya, Zayne ke sekolah.
View this post on Instagram
Menurut Mat Dan, anak-anak mendapat pendedahan mengenai mata pelajaran sivik dan cara penjagaan alam sekitar namun, masyarakat kita sendiri juga yang menunjukkan contoh yang tidak baik di khalayak orang ramai. Tahukah mereka, kanak-kanak ni mereka sentiasa memerhatikan perbuatan kita sama ada baik ataupun buruk. “Dah 2021 tapi masyarakat kita masih tak bertamadun lagi” luah Mat Dan dalam nada yang marah. Sedih sebenarnya apabila rakyat negara sendiri tak ada sikap bertanggungjawab untuk menjaga persekitaran. Buktinya, masih ramai lagi yang membuat pembakaran terbuka dan membuang sampah dalam sungai.

Baca juga: Khairul Aming Kembali Dengan 30 Hari 30 Resepi Ramadan
Meninjau di ruangan komen, pengikut Mat Dan menceritakan pengalaman mereka yang turut berhadapan nasib yang sama seperti Mat Dan. Apa lagi yang boleh dilakukan untuk kita membuka mata rakyat Malaysia ni ya? Aduhai, betullah cakap Mat Dan, tahun ni dah mencecah 2021 tapi rakyat masih berada di mentaliti kelas ketiga. Kemudian mereka mempersoalkan bila negara kita ni mampu untuk berdiri setanding dengan negara lain? Dalam tengah marah tu, ada juga di kalangan pengikut Mat Dan yang terhibur melihat kecomelan Zayne di tempat duduk belakang. Alahai, comel sangat tengok Zayne ni sampai lupa rasa marah tu ya netizen?
Negara tak akan maju jika kita sendiri sama-sama bantu untuk berubah ke arah yang lebih baik. Anda semua tak sakit hati ke apabila melihat banyak sampah yang bertempiaran di tepi jalan…? Sedih tau!
Penulis: Aqilah Paharuzi
Sumber: Instagram Mat Dan