Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Bereh Boh” – Bapa Borek Anak Rintik, Zayne Bakal Ikut Jejak Mat Dan

today20 April 2021

Background

Nama Mat Dan pernah terkenal suatu ketika dahulu, ialah apa tidaknya, pemuda yang berasal dari United Kingdom ini begitu petah bercakap dalam loghat Terengganu. Dia mula menetap di Malaysia pada tahun 2009, berkahwin dan kini dikurniakan 2 orang cahaya mata. Jika anda nak tahu, Mat Dan juga adalah duta pelancongan Terengganu.

Terbaru, Mat Dan ada berkongsikan sebuah video anak sulungnya iaitu Muhammad Zayne Danial yang sudah pun mula bersekolah. Dengan berpakaian sekolah dan rambut kemas yang dibelah tengah, terlihat di dalam video tersebut dia sedang menikmati rice cake.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mat Dan (@mat_dan1)

Baca juga: “Dialah Tempat Bergantung Rezeki..” –  Ibu Syed Izzat Sedih Anak Maut Dihempap Pokok Tumbang

Sambil itu, dia membelek plastik makanan tersebut lalu memberitahu kepada Daddy nya bahawa di plastik tersebut tertera tulisan yang berkata “Zayne, jangan makan gula-gula nanti sakit gigi”. 

Nampak konfiden sahaja padahal itu adalah kata-kata yang spontan. Pandai betul Zayne buat ayat. Macam dah berada di sekolah rendah padahal baru berusia 3 tahun. Kecil-kecil dah pandai sangat bercakap dengan spontan.

Bukan itu sahaja, apa yang menggelikan hati wargamaya adalah di akhir rakaman video tersebut Mat Dan ada menyebut perkataan ‘bereh’ dan si kecil ini mengulang semula perkataan tersebut dengan tambahan ‘boh’ di belakang, “Bereh boh”.

Memang betul-betul cerdik tau Zayne ni, memang anak jati Terengganu. Lagi pula, bapa borek anak rintik. Satu hari nanti si mini Mat Dan ini mungkin akan mengikut jejak langkah ayahnya untuk menjadi pengacara pengembaraan. Bakat pun dah nampak dari kecil.

Apa-apa pun kita doakan Zayne membesar dengan sihat dan bijak ya.

Baca juga: “Puasa Makes The Food Tastes Better..” – Anak Diana Danielle, Muhamad Lebih Menghargai Makanan Di Bulan Ramadan

Sumber: Mat Dan

Written by: Danisyah Dalily


Previous post

https___s3-images.sportbible.com_s3_content_879c76d2607da1c2903425898ed3ac4d

Sukan

Chelsea, Manchester City Dan Real Madrid Berdepan Penyingkiran Dari UCL

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET Pengerusi FA Denmark, Jesper Moller menyatakan bahawa, 3 daripada 4 pasukan separuh akhir Liga Juara Juara Eropah, iaitu Real Madrid, Manchester City dan Chelsea berdepan dengan penyingkiran daripada kejuaraan tersebut. Dan Moller menjangkakan pengumuman tentang perkara itu akan dibuat pada Jumaat ini. Moller berkata: “[Real Madrid, Manchester City dan Chelsea] akan disingkirkan, dan saya menjangkakakan... Klik untuk baca […]

today20 April 2021