Kool FM

“Bersyukur Masih Boleh Beraya, Kasihan Rakyat Palestine” – Perkongsian PU Azman Buat Wargamaya Sebak

Seluruh penduduk dunia diuji dengan pandemik COVID-19. Malah lebih daripada itu, penduduk Palestine turut dikejutkan dengan serangan anggota Zionis ketika rakyatnya sedang menunaikan solat di Masjid Al-Aqsar. Malaysia pula semalam menjadi ‘hangat’ ekoran pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berkuatkuasa bermula 12 Mei sehingga 7 Jun 2021.

Seorang selebriti tanah air yang prihatin dengan keadaan semasa, Pencetus Ummah (PU) Azman atau lebih mesra di sapa Cik Man meluahkan ‘keluh’ hatinya mengenai keadaan Malaysia. Turut terkesan dengan peristiwa ‘pahit’ yang melanda rakyat Palestine, Cik Man berkata dia kini sedang belajar untuk ‘mendidik diri’ untuk menjaga mulut dan tangan ketika menaip bagi mengelakkan sebarang perilaku yang tidak diingini berlaku.

Baca juga: “Aku Tidaklah Sederhaka Itu” – Mengaku ‘Berat’ Bawa Watak Anak Derhaka, PU Azman Dipuji Power Dalam Lakonan

Menerusi sebuah gambar yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya itu, Cik Man menyelitkan sebuah ayat yang di petik daripada hadis Nabi yang berbunyi:

Hadis Nabi.

عَجَبًا ِلأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ لَهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَلِكَ ِلأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْراً لَهُ.

Maksud : “Sungguh menakjubkan urusan seorang Mukmin. Semua urusannya adalah baik, dan hal itu tidak dimiliki sesiapa pun kecuali orang Mukmin, iaitu jika dia mendapatkan kegembiraan dia bersyukur dan itu suatu kebaikan baginya. Dan jika dia mendapat kesusahan, dia bersabar dan itu pun suatu kebaikan baginya”. (Muslim).

Meninjau di ruangan komen, rata-rata daripada pengikutnya meluahkan luahan hati mereka yang turut berdukacita dengan keadaan semasa negara ini. Ada dalam kalangan mereka yang meninggalkan komen yang berkata meskipun negara kini di uji dengan PKP, namun mereka lebih bersimpati dengan nasib ‘malang’ yang menimpa rakyat Palestine apabila mereka tidak dapat menunaikan solat dengan keadaan yang tenang.

Menerusi posting yang dimuat naik di Insta Story miliknya, Cik Man meluahkan isi hatinya yang seakan ‘reda’ dengan asbab yang melanda negara. Menurutnya, raya tetap harus berjalan seperti biasa meskipun berada dalam perintah kawalan yang ketat dan  ‘perit’ untuk mengalami ujian yang menimpa negara. Di akhir posting Cik Man ada menyebut “Allah tahu penderitaan kita, berdoalah untuk sebuah ketenangan” beserta tanda pagar ‘Kampung Kita Yang Sebenar Ialah Akhirat‘. Sayunya hati ini…

Ada juga dalam kalangan mereka yang bersetuju dengan pendapat Cik Man ini. Ramai di antara mereka yang menyeru masyarakat kita untuk sama-sama mendidik diri untuk menjadi lebih matang apabila diuji sebegini rupa. Ada betul juga apa yang mereka dan Cik Man katakan ini. Sesungguhnya, setiap perkara yang berlaku dalam negara kita pasti ada hikmahNya kelak. Bagaimanapun, semoga segala ‘kemelut’ yang melanda negara dan rakyat Palestine akan segera beransur dan dipermudahkan olehNya.

Baca juga: PU Azman Berkongsi Cara Mudah Untuk Menunaikan Solat Sunat Terawih Di Rumah

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: Instagram PU Azman

Exit mobile version