Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Bertahun Cari Ibu Tapi Tak Jumpa, Gadis Sebak Nampak Wanita Mirip Ibu Sampai Minta Izin Nak Peluk

today8 May 2021

Background

Tak dapat digambarkan bagaimana perasaan gadis ini apabila terpaksa berpisah dengan ibu tercinta. Lebih menyedihkan apabila sehingga kini, gadis ini tidak tahu dimana keberadaan ibu kandungnya.

Menerusi laporan Tribunnews, gadis yang dikenali dengan nama Egilespiana ini membesar dalam sebuah keluarga yang porak peranda. Sejak beberapa tahun lalu selepas ibu dan bapanya bercerai, wanita itu terpaksa keluar dari rumah dan membawa diri. Bercerita dengan lebih lanjut, wanita ini mengakui sangat merindui ibu kandungnya itu tetapi apakan daya sehingga kini usahanya menjejaki wanita itu masih belum membuahkan hasil.

Meskipun begitu, kerinduannya sedikit sebanyak terubat juga selepas bertemu dengan seorang wanita yang mirip wajah ibunya ketika berjalan di sebuah pusat membeli-belah di Indonesia. Tetapi selepas mendekati, dia menyedari itu bukanlah ibu kandungnya. Hal ini kerana, persamaan tersebut hanyalah disebabkan selepas wanita itu mengenakan pelitup muka. Dia yang tidak dapat menahan sebak terus mengalirkan air mata.

 

Klik untuk baca artikel penuh.

Written by: Danisyah Dalily


Previous post