Kool FM

“Bertugas Sambil Membawa Kalimah…” – Naim Daniel Persoalkan Segelintir Anggota Polis Yang Seakan ‘Bermasalah’

Umum mengetahui, isu mengenai ‘double standard’ ini semakin menjadi buah mulut masyarakat kita terutamanya apabila selebriti dan influencers boleh sewenang-wenangnya merentas negeri tanpa dikenakan tindakan. Rata-rata daripada kita tidak berpuas hati dengan segelintir pihak berkuasa yang seolah-olah tidak tulus dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anggota polis. Baru-baru ini, penyanyi Naim Daniel meluahkan persoalan mengenai sesetengah pihak polis yang ‘bermasalah’ apabila bertugas seperti menerima rasuah, menganiaya orang awam dan isu ‘double standard’ sambil membawa kalimah Allah.

Naim yang dianggap masih mentah itu dikatakan mampu untuk berfikiran jauh dan matang mengenai isu yang semakin hangat diperkatakan ini. Mungkin betul apa yang diluahkan oleh Naim, sepertinya ada segelintir daripada anggota polis yang memandang remeh tentang ‘tanggungjawab’ yang dipikul atas badan mereka.

Baca juga: “Antara Dua Darjat” – Petugas Kesihatan Luah Rasa Kecewa Layanan Double Standard Terhadap Golongan ‘Kayangan’

Meninjau di ruangan komen ciapan tersebut, majoriti daripada netizen meluahkan perasaan duka mereka mengenai isu ‘double standard’ ini. Ada di kalangan mereka yang menceritakan pengalaman ‘pahit’ mereka apabila permintaan merentas negeri ditolak oleh pihak polis dek kerana ‘alasan’ tidak kukuh. Kasihan, ibu bapa sakit pun tak dapat melawat, sedangkan baru-baru ini tular influencers pulang ke kampung semata-mata nak beri hadiah kereta kepada ibu bapa diluluskan pula. Apa nak jadi ni?

Bagaimanapun, sebagai rakyat Malaysia bukanlah tugas kita untuk terus ‘menghentam’ pihak berkuasa secara terang-terangan. Kecewa itu sudah pasti apabila diberi layanan sebegini rupa. Namun, mungkin juga ada hikmah dan sebab di belakang semua perkara yang terjadi. Sama-sama kita membanteras wabak COVID-19 ini agar keadaan negara ini kembali seperti sebelumnya.

Baca juga: “Tak Perlu Siasat Pelajar, Terus Dikompoun RM1500” – YB Syed Saddiq Berang Isu ‘Double Standard’ Masih Berlanjutan  

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: Twitter Naim Daniel  

Exit mobile version