Pelakon dan pengacara, Ain Edruce kini sedang sarat mengandung dan hanya menunggu masa untuk melahirkan anak. Sebelum ini Ain ada mendedahkan bahawa anak di dalam kandungannya ‘malu’. Hal ini kerana, dia sering menyorok setiap kali melakukan pemeriksaan dan imbasan. Malah, sehingga ke hari ini Ain masih belum mengetahui jantina anaknya. Ini membuatkan Ain dan pasangannya, Amirul bertambah teruja untuk bertemu dengan bayi pertama mereka.
Baca juga: “Jangan Blur Lagi, Takut Kena Game Dengan Anak..” – Pesanan Netizen Buat Amirul
Terbaru, Ain berkongsikan bahawa kandungannya kini akan memasuki minggu ke-39. Namun, bayinya masih lagi gembira dan “relax” berada di dalam perut sepertinya dia tidak mahu keluar. Ain bertanya-tanya “bila nak keluar ni..”.
View this post on Instagram
Menurut Ain, dia dan Amirul tak sabar-sabar menunggu kehadiran cahaya mata mereka. Malah, Amirul sempat berkata bahawa di sangup tidak tidur malam semata-mata nak menjaga bayi mereka di waktu malam. Ain menerusi kapsyennya hanya berkata “kita lihat sajalah nanti..” dengan nada gurauan.
Meninjau ke ruangan balas, rata-rata masih berteka-teki dengan jantina kandungan Ain. Ada juga yang membuat perhitungan bahawa Ain akan bersalin pada malam raya. Macam-macam lah yang diramalkan wargamaya. Bukan sahaja peminat, namun rakan artis pun turut dilihat meninggalkan komen. Ada yang berkata seperti sekejap sahaja masa berlalu, kini ain sudah pun ingin bergelar ibu manakala yang lain terkilan kerana tidak dapat bertemu buat kali terakhir sebelum Ain bersalin dek kerana PKP.

Apa pun, kita doakan yang baik-baik buat Ain Edruce. Semoga proses akhir-akhir kandungan dan bersalin dipermudahkan. Tak sabar nak tengok baby Ain! Agak-agak memang pemalu atau riuh seperti Ain?
Baca juga: 6 Cara Kekalkan Mood Raya PKP 2021
Sumber: Ain Edruce