Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Bingung Dikritik Suara Tak Moden, Siti Sarah Bidas Dengan Tenang

today25 June 2021

Background

Sudah menjadi asam garam kehidupan menjadi seorang selebriti ini sukar untuk mengelakkan diri daripada kecaman dan kritikan netizen, lebih-lebih lagi jika mereka berasa tidak puas hati dengan sesuatu perkara. Mata mereka seolah-olah terikat dan terpaku dengan setiap gerak geri selebriti kesayangan mereka. Baru-baru ini, usahawan dan penyanyi hebat Siti Sarah meluahkan isi hatinya apabila ada yang meninggalkan komen berbaur negatif mengenai suara Sarah yang dikatakan tidak moden dan tidak sesuai untuk digandingkan dalam lagu terbaru dia dan suami, Shuib.

Menerusi sebuah posting di Instagram miliknya, Sarah memuat naik gambar komen tersebut yang berkata bahawa pelantun lagu Peluang Kedua, Nabila Razali lebih sesuai untuk menyanyikan lagu duet itu kerana menurutnya Nabila memiliki suara yang ‘moden’ berbanding Sarah. Tambah si pelaku, lagu duet yang berjudul Semakin Benci Semakin Cinta ini sedap untuk didengari dan boleh meletop di pasaran, namun dia hanya tidak berpuas hati dengan vokal Sarah. Aduhai, boleh pula macam tu ya?

Membidas komen tersebut, Sarah tampak sangat matang dari segi percakapan dan menerima sepenuh hati segala komen negatif terhadapnya. Menurut Sarah, dia tidak kisah sekiranya vokalnya dikritik namun dia berasa tidak wajar untuk membandingkan dirinya dengan mana-mana penyanyi. Tambah Sarah, dia amat kagum dengan sikap Nabila yang rajin berusaha dan tak mudah putus asa serta pandai mencari peluang dalam bidang industri seni.

Baca juga: Hashtag #MenjejakKhadeja Sebagai Penguat Semangat, Misha Omar Rancang Tambah Cahaya Mata

Sarah akui bingung mengenai maksud disebalik suara moden seperti yang dikatakan oleh si pelaku tersebut kerana menurut Sarah, setelah hampir 20 tahun dia berkecimpung dalam industri seni ini, dia tidak pernah tahu ada kelas vokal yang boleh menerangkan atau mengajar mengenai suara ‘moden’ ini. Tambahnya lagi, Sarah terbuka dengan setiap bentuk komen yang dilemparkan kepadanya kerana dia mengakui sentiasa mahu perbaiki kelemahan vokal dan majukan dirinya.

“Maaf dik. Tapi Sarah rasa, tak patut la nak bandingkan Sarah dengan mana-mana penyanyi. mana2 penyanyi pun. Sarah sendiri sebenarnya sangat respect dengan Nabila Razali. Dia seorang bakat baru, suka berusaha, tak mudah putus asa dan pandai cari peluang dalam bidang muzik.

“Sebagai penyanyi yanng dah dekat 20 tahun ni, Sarah sentiasa nak perbaiki kelemahan vokal, cuma tu lah, tak tahu pulak ada kelas buat suara jadi moden. Sarah terbuka dengan semua komen sebab Sarah sendiri nak maju kan diri Sarah,” luah Sarah di ruangan kapsyen posting tersebut. 

Sarah juga berkata dia tidak mungkin akan menyanyi lagu duet ini dengan penyanyi lain kerana lagu ini mempunyai makna yang terlalu dalam buat dia dan suami tercintanya, Shuib.

“Untuk pengetahuan adik yang dikasihi, sejujurnya lagu ni terlalu deep untuk Sarah dan Shuib, Tak mungkin Sarah nyanyi lagu ni dengan orang lain atau Shuib nyanyi dengan orang lain,”

Meninjau di ruangan komen posting tersebut, rata-rata daripada mereka memberi kata-kata semangat kepada Sarah agar mengabaikan komen negatif tersebut kerana tidak mendatangkan apa-apa manfaat terutamanya kepada emosinya. Ada juga dalam kalangan selebriti yang turut bingung dan pelik dengan maksud suara moden seperti yang dinyatakan oleh si pelaku. Ramai pengikut Sarah yang membanjiri komen tersebut dengan pujian kepada Sarah yang telah lama mengikuti perkembangan Sarah, akui sangat bangga dengan pencapaiannya sehingga kini.

Setiap penyanyi mempunyai kelebihan dan vokal mereka yang tersendiri. Lebih baik berdiam diri sahaja jika tiada perkara yang manis untuk dikatakan kepada orang lain untuk tidak menguris hati dan perasaan mereka. Apa-apa pun, Sarah tampak sangat matang menghadapi ujian ini dan semoga Sarah terus kuat semangat dan berjaya dalam industri muzik ini.

Baca juga: “Zaman Saya Dulu Kena Cili Dah Mulut” – Siti Sarah Hairan Budak Zaman Sekarang Mudah Mencarut

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: Instagram Siti Sarah 

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Terkini

Jumlah pelaburan Ekuinas RM4.4 bilion

PETALING JAYA – Jumlah pelaburan kumulatif Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) merekodkan sebanyak RM4.4 bilion daripada pelaburannya dalam 42 syarikat dan seterusnya telah menjana jumlah kemasukan modal bersama rakan sektor swasta sebanyak RM5 bilion. Pengerusi Ekuinas, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata, di sebalik latar belakang pandemik global dan pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan, syarikat tetap aktif dalam akti­viti pelaburannya dengan memperuntukkan komitmen sebanyak RM250.2... Klik untuk baca artikel […]

today25 June 2021