Kool FM

Buat Aksi Menari Di Insta ‘Live’ – Nonny Nadirah Memohon Doa Peminat

Kehidupan boleh diumpamakan seperti roda yang berputar, kadang kala di atas dan kadang kala di bawah. Setiap manusia di muka bumi ini tak akan lari daripada melakukan kesilapan kerana tak ada manusia yang sempurna. Begitu juga dengan keimanan seseorang umat Islam yang ada pasang surutnya, namun siapalah kita untuk menghentam mereka yang terpesong. Baru-baru ini, selebriti Nonny Nadirah membuat permohonan maaf menerusi akaun insta story miliknya setelah mencetuskan kontroversi yang menjadi perbualan hangat di media sosial.

Umum mengetahui Nonny merupakan seorang wanita yang berhijab serta mempunyai perwatakan yang sopan. Namun, spekulasi mengenai dirinya menjadi persoalan rakan-rakan selebriti dan media apabila Nonny dilihat telah memuat naik beberapa gambar dan insta story yang menunjukkan beliau tak lagi berhijab. Menerusi insta story miliknya, Nonny meluahkan rasa hati bahawa dia tak mempunyai sebarang komen mengenai spekulasi dirinya. “Hanya Allah sahaja yang tahu segala isi hati ini” kata Nonny.

Baca juga: Instagram Digodam? Nonny Nadirah Kongsi Gambar Berkemban

Terdahulu, rakan baik seperjuangan Nonny, Mila Jirin turut meluahkan perasaan sedih diatas tindakan drastik Nonny yang seakan-akan berubah 360 darjah. Mila yang terluka dek kerana penampilan Nonny yang berbeza menasihati Nonny agar kembali ke pangkal jalan. Begitu juga dengan Ika Nabila yang turut  terkesan dengan perubahan Nonny. Ika berkata dia mengenali Nonny dan yakin bahawa Nonny bukan seperti itu. Berutung Nonny ada rakan-rakan yang sangat ikhlas menyayanginya.

Menerusi posting insta story miliknya, Nonny mengambil kesempatan pada bulan yang mulia ini untuk memohon maaf di atas segala salah dan silapnya serta mengakui semua yang terjadi adalah ujian yang berlaku kerana kekhilafan Nonny sendiri. Nonny juga turut membuat pesanan kepada semua pengikutnya agar tak meninggalkan yang fardhu serta menyeru agar semua buat yang termampu. Menurutnya, Nonny menerima setiap kecaman dek kerana penampilannya yang mengejutkan pengikutnya dengan hati yang terbuka.

Kisah Nonny ini boleh dijadikan sebagai pengajaran dan bukanlah tugas kita untuk menghentam, malah lebih baik jika kita mendoakan Nonny agar kembali kuat menghadapi ujian yang menimpa dirinya.

Baca juga: Spekulasi Nonny Nadirah Buka Tudung, Mila Jirin Minta Nonny Terus Kuat Dan Ingat Allah!

Penulis: Aqilah Paharuzi 

Sumber: Instagram Nonny Nadirah

Exit mobile version