Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Buat Kejutan Anjur Majlis Hari Jadi Bekas Tunang, Peminat Doakan Hubungan Remy Ishak Kembali Berpaut

today31 March 2021

Background

Semua orang kenal dengan pelakon lelaki terkenal yang kacak dan berkulit hitam manis ini. Namun tak ramai yang tahu tentang hubungan percintaan Remy Ishak. Mungkin sebab Remy kurang berkongsi mengenai status hubungannya, maka banyaklah spekulasi yang timbul. Bagaimanapun, baru-baru ini Remu dilihat membuat satu kejutan sempena hari jadi bekas tunangnya, iaitu Ezza Yusof.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???? ????? (@ezzarl)

Wah ada apa-apa ke ni siap buat kejutan semua? Boleh dikatakan apa yang dilakukan oleh Remy Ishak itu adalah sangat baik walaupun mereka sudah tidak mempunyai ikatan rasmi. Remy dikatakan membuat kejutan dengan menganjurkan majlis hari jadi Ezza di sebuah restoran. Bukan belanja Ezza sorang je, tetapi bersama dengan rakan-rakan yang lain juga. Memang meriah sambutan hari jadi kali ini!

“Saya tak pernah kena ‘surprise‘ macam ni. Sejuk tangan saya semalam tak tau nak respon macam mana. Memang tak jangka langsung,” tulis Ezza dalam ruangan kapsyen menceritakan detik dia menerima kejutan

Dalam pada itu, Ezza turut mengucapkan mengucapkan terima kasih kepada Remy sebab dah belanja makan sempena hari jadinya. Memang baik hati betul Remy sanggup buat kejutan macam tu. Apa yang bagusnya, kedua-dua mereka masih kelihatan sangat rapat.

Tindakan Remy ini patut dipuji apabila tidak memutuskan terus perhubungan mereka dan membawa haluan masing-masing selepas tiada ikatan rasmi. Sementara itu, para peminat pula mendoakan agar jodoh kedua-dua dipanjangkan. Jangan ada yang kecewa pula ye kalau Remy jadi kahwin nanti.

Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik buat Remy dan semoga dipertemukan dengan calon isteri yang solehah.

Baca juga artikel menarik lain:

“Teringat Zaman Sekolah Dulu” – Elite Kembali Bergabung Selepas 20 Tahun, Peminat Turut Teruja!

“Kita Pun Boleh Jadi World Class” – Pertama Kali Jadi Muka Hadapan Majalah Vogue, Yuna Kongsi Kisah Di Hollywood

Sumber berita: Kosmo

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Gaya Hidup

Afdlin Shauki & Altimet Umum Sertai Anwar Ibrahim Dalam PKR

Menurut laporan, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi platform politik pilihan artis ternama tanah air, Datuk Afdlin Shauki untuk berkhidmat kepada masyarakat.Tambah Afdlin, PKR yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menawarkan ruang dan kedudukan untuk beliau berkongsi aspirasinya dalam kerja-kerja kemanusiaan.Dalam masa sama, seniman itu menjelaskan, nilai perjuangan dan semangat kental Anwar sebagai pemimpin juga banyak mendorong beliau untuk mendekati rakyat.Jelas Afdlin lagi,... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today31 March 2021