Terdahulu kecoh dengan perubahan penampilan pelakon dan pengacara, Sharifah Shahirah yang kini sudah berhijab.
Sharifah Shahirah atau lebih mesra dengan panggilan Shiera Ijoy memuat naik sebuah video yang tidak disangka menerusi laman Instagram miliknya.
Video tersebut menunjukkan dia berada di pasaraya untuk membeli pakaian dalam wanita dan lelaki untuk diberikan mangsa banjir di kampung halamannya. Jarang orang derma pakaian dalam ni!
Bagaimanapun, dia menegaskan video yang dikongsikan ini bukan untuk menunjuk tapi untuk memberitahu itulah hasil daripada derma yang disalurkan dari orang ramai.
Dalam pada masa yang sama, warganet memuji tindakan dan barang yang Shiera salurkan.

Yelah, ramai terlepas pandang akan pakaian dalam walhal itu juga penting. Semoga pemberian Shiera Ijoy memberi manfaat kepada semua mangsa banjir.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Derma Sperma Sebagai Hobi, Kini Dia Miliki 23 Orang ‘Anak Segera’
Penderma Sperma Terkejut 9 Bayi Dihasilkan Tanpa Persetujuan
Sumber: instagram