Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Cantiknya! Datin Eina Azman Kongsi Gambar Body Bikin Warganet Hilang Kata-Kata

today6 April 2021

Background

Terdahulu pernah tular video masakannya dan tagline “makan makan..”, kini Datin Paduka Eina Azman kembali tular dengan bentuk badan seperti anak dara biar pun sudah berkahwin dan dikurniakan dua orang anak kembar yang comel. Pastinya kehidupan ibu muda yang juga seorang pelakon berusia 26 tahun ini sering diperhatikan oleh warganet.

Datin Eina Azman juga seorang yang suka berkongsi aktiviti hariannya di media sosial terutamanya di Instagram tidak kisah sama ada di set pengambaran drama ataupun bersama keluarga. Baru-baru ini, dalam satu perkongsiannya yang terbaru, dia telah memuat naik beberapa video menunjukkan lekuk bentuk badannya dan ianya telah dibanjiri komen-komen daripada wanita Malaysia di ruangan komennya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???? ????? (@eina_azman)

Don’t wish for it. Work for it?? Yes I’m a mother of twins?

Itulah kapsyen yang tulis bersama tiga videonya yang menunjukkan bentuk badannya yang langsing. Eina menyatakan kepada umum supaya jangan hanya berangan mahu kurus seperti itu, tapi perlu berusaha melakukannya. Perkongsiannya itu kemudiannya telah menerima pelbagai reaksi dan komen warganet. Tambah Eina, kejayaannya untuk kekalkan bentuk badan yang ideal dan bergelar ibu dua anak, Eina menegaskan setiap wanita boleh mendapatkan bentuk tubuh yang cantik tanpa perlu melakukan pembedahan.

Sementara itu, ada juga salah seorang waganet telah menyamakan kelangsingan Eina sama seperti bentuk badan usahawan kontroversi, Nursajat namun kenyataan itu telah dinafikan oleh Eina kerana dia adalah wanita tulen. Bagaimanapun, ada juga beberapa warganet luahkan rasa segan melihat dengan perkongsian Eina kerana disifatkan agak menjolok mata dan kurang sesuai untuk diperlihatkan umum.

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

[VIDEO] Puas Update Pasal Makan, Awal Ashaari Tunjuk Artis Yang Hadir Majlis Perkahwinan Syamel & Ernie Zakri Pula

“Tak Perlu Bandingkan Cara Kerja Saya Di Dunia Hiburan & Business” – Tokti Beri Teguran Kepada..

Sumber: Instagram Eina Azman

Written by: Adinna


Previous post