Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Cara Lain Tak Menjadi, Kali Ini Fizo Omar Guna Lipas Mainan Untuk Pisahkan Maryam Daripada Puting

today29 June 2021

Background

Kebiasaannya, pasangan ibu bapa yang baru sahaja menimang cahaya mata pasti akan menggunakan puting kosong untuk menenangkan anak mereka yang meragam. Namun, ada juga segelintir ibu bapa yang tidak gemar mengajar anak mereka terikat dengan puting. Masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk membesarkan anak dengan sihat.

Baru-baru ini, pelakon hebat Fizo Omar atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar memaparkan sebuah video mengenai taktiknya yang tersendiri untuk mengelak puterinya, Wan Maryam terus bergantung kepada puting. Menurut Fizo, berbagai cara telahpun dia gunakan untuk buat Maryam lupa pada puting kesayangannya, seperti cara meletak garam dan serbuk kopi, namun katanya masih tidak berjaya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fizoomar (@fizoomar)

“Yam ni dah masuk 4 tahun tapi masih tak lepas lagi dengan puting. Macam cara dah kita cuba buat, orang kata letak garam, letak kopi dia tetap cari juga.”

Baca juga: Hashtag #MenjejakKhadeja Sebagai Penguat Semangat, Misha Omar Rancang Tambah Cahaya Mata

Taktik Fizo kali ini lebih menarik perhatian apabila Fizo mendapat idea untuk menggunakan serangga yang paling ditakuti oleh Maryam, iaitu lipas. Kalau sebut mengenai serangga lipas ni, sudah pasti bukan Maryam sahaja yang takut. Malah, ramai juga dalam kalangan kita yang bila nampak lipas ni akan menjadi seperti cacing kepanasan, kalut nak larikan diri lebih-lebih lagi lipas terbang. Hihihi..

Sejurus nampak lipas mainan yang seakan hinggap di puting kesayangannya, Maryam atau nama panggilan manja ayahnya, Yam terus memeluk Fizo dan tidak melepaskan pelukan ayahnya itu. Aduhai, jelas terserlah reaksi Maryam yang tampak sangat terkejut dan takut dengan lipas. Nampak gayanya, taktik Fizo pada kalini berjaya apabila Maryam terus berkata dia tak mahu menggunakan puting lagi.

Meninjau di ruangan komen posting tersebut, rata-rata daripada mereka kasihan melihat raut wajah Maryam yang sedih melihat puting kesayangannya ‘digigit’ lipas. Ada juga dalam kalangan mereka yang nak guna cara Fizo ini pada anak-anak mereka. Walaupun tampak sedikit kasar cara Fizo ini, namun segalanya demi kepentingan Maryam yang tak lama lagi akan bersekolah. Anak yang baik Maryam ni, tak memberontak dan menangis sedikit pun bila Fizo buang putingnya.

Buat ibu bapa di luar sana, mungkin boleh gunakan cara Fizo ni untuk jauhkan anak anda dengan puting. Apa-apa pun, semoga Maryam membesar dengan sihat dan menjadi anak yang bijak ya!

Baca juga: “Tengah Malam Si Khinzir Ni Terbang” – Nak Tunjuk Hero Depan Anak, Akhirnya Shaheizy Sam Tewas

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: Instagram Fizo Omar

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Terkini

Program Geran Komuniti Merdeka 118 dilancar

PETALING JAYA – Permodalan Nasional Bhd. (PNB) menerusi anak syarikatnya, PNB Merdeka Ventures Sdn. Bhd. melancarkan Program Geran Komuniti bagi mewujudkan kejiranan bersepadu, berkembang maju dan kaya dengan nilai seni serta budaya dalam Presint Merdeka 118 di Kuala Lumpur. Program itu menyasarkan lima lokasi utama iaitu kawasan sekitar Petaling Street dan Jalan Hang Tuah. Ia turut melibatkan kawasan Kuadran Sukan iaitu merangkumi Stadium Merdeka, Stadium Negara, Stadium Persatuan Bola... Klik […]

today29 June 2021