Kool FM

“Comel Dan Lawanya” – Kongsi Gambar Santai Bercuti Tanpa Pelitup Muka, Ramai Puji Kecantikan Dr Amalina

Kalau dah lebih setahun negara kita terpaksa melalui norma baharu disebabkan penularan jangkitan wabak COVID-19, siapa je yang tak rindu suasana dahulu yang bebas. Kita semua bebas untuk bergerak ke mana sahaja tanpa perlu fikir segala prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi. Mungkin paling kita rindu adalah pergi bercuti.

Terbaharu, Dr Amalina Che Bakri membuat perkongsian gambarnya yang dilihat sedang bercuti di suatu kawasan seperti padang bunga di England dengan kapsyen “back to nature“. Memang cantik pemandangan di situ, ditambah pula dengan cantik pakaian yang dikenakan oleh Dr Amalina. Seronok melihat Dr Amalina kelihatan sudah bebas berjalan di sana tanpa pelitup muka. 

Baca juga: “Kena Marah Pun Relax Je” – Ramai Puji Keisha Tak Melenting Kena Marah Dengan Nabila Huda Pasal Hal Remeh

Sementara itu, menjengah di ruangan komen ramai yang memuji kecantikan Dr Amalina yang kelihatan comel dan lawa dengan outfit yang dikenakannya itu. Dr Amalina sudah semestinya kelihatan cantik seperti selalunya. Tidak kurang juga ramai yang menyuarakan rasa rindu untuk keluar berjalan tanpa pelitup muka. 

Melihat Dr Amalina dapat menghirup udara segar dengan bebas membuatkan ramai yang ingin pandemik membunuh ini berakhir dengan segera di Malaysia. Min pun sama tak sabar juga nak wabak ini berakhir supaya kita boleh bebas seperti sediakala. Semoga kita semua berjaya melandaikan kes jangkitan COVID-19 dan dapat bebas berjalan juga seperti Dr Amalina.

Baca juga: Ibu Mengandung, Menyusukan Anak Kini Boleh Kemaskini Butiran Di MySejahtera. Akan Diberikan Vaksin Tertentu

Exit mobile version