Susah zaman sekarang ni bila orang kita lebih mudah buat andaian daripada mencari jawapan sebenar. Banyak je kes berlaku bila cerita yang tidak benar tu tersebar dengan meluas di media sosial. Semua hanya sebab nak tularkan sesuatu cerita itu dengan cepat. Bila dah tersebar cerita tak betul, maka terpaksalah tuan punya badan yang terpalit dengan kisah tak betul tu tampil beri penjelasan.
Mungkin itu apa yang berlaku kepada pelakon dan juga model Harris Annuar apabila dirinya secara tiba-tiba dituduh berstatus duda. Bukan setakat berstatus duda, tetapi juga mempunyai dua orang anak. Dasyat juga individu yang membuat dakwaan tersebut dapatkan sumber maklumat dia.
Semuanya bermula daripada salah satu video Harris yang tular di media sosial. Apabila video tular, seperti biasa mesti akan ada yang kurang senang dan melemparkan cerita yang tak benar. Salah seorang pengguna di Twitter dengan tidak berfikir panjang terus mendakwa Harris sebagai duda selepas menonton video Harris yang tular itu. Tangkap layar tersebut dikongsikan Harris di Instagramnya.

Maka, Harris dengan rasa geli hati terpaksalah menyangkal dakwaan itu. Terdapat individu lain juga dilihat menuduh Harris duduk sekali dengan bekas isteri. Entah macam manalah ada orang ingat Harris ni pernah berkahwin sedangkan dia masih bujang.
“Yang penting yakin tu aku duduk dengan bekas isteri dan ada anak dua. Agak-agak anak kami warna ala-ala latino tak?,” ujar Harris di ruangan kapsyen sambil tag rakan baiknya, Tajuddin Bakar.
Harris hanya mampu berseloroh dengan tuduhan tersebut yang dirasakan lucu. Dia juga turut bergurau rakan baiknya, Tajuddin, merupakan ‘bekas isteri’ yang dimaksudkan itu. Disebabkan tuduhan yang dilemparkan ke atas dirinya ini, maka Harris memuat naik satu lagi hantaran memaparkan ‘bekas isteri’ bersama dua orang ‘anak’ yang dikatakan itu. Apa-apa pun, itu hanyalah gurauan Harris dalam membalas tuduhan terhadap dirinya. Harap orang ramai jangan cepat buat tuduhan tidak berasas.