Apa yang kita lalui sekarang merupakan satu perkara yang benar-benar menguji segala kesabaran yang kita ada. Tidak ada siapa yang terfikir negara kita perlu berdepan dengan pandemik wabak membunuh sehingga memaksa kita menjalani kehidupan harian dalam norma baharu. Mungkin pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali pertama dahulu, ramai yang boleh menerima dengan arahan kerajaan untuk kekal duduk di rumah.
Baca juga:“Izinkan Saya Menguruskan Pasukan Kebangsaan” – TMJ Tawar Diri Pimpin Harimau Malaya
Bagaimanapun, keadaan PKP bagi kali ketiga ini sedikit berbeza. Ramai sudah tidak sanggup lagi duduk terkurung di rumah. Perkara itu turut diluahkan dalam satu ciapan ringkas di Twitter oleh penyanyi Daiyan Trisha. Dalam ciapan tersebut, Daiyan seperti sudah tidak tahan lagi terpaksa duduk di rumah dan tidak bebas melakukan aktiviti harian.
sampai bila nak kena duduk rumah ni sampai bila tak boleh keluar ni sampai bila asyik kena sabar ni sampai bila kena rasa tak ada harapan ni sampai bila dia nak kita macam ni
— Daiyan Trisha (@daiyantrisha) June 15, 2021
“Sampai bila nak kena duduk rumah ni, sampai bila tak boleh keluar ni, sampai bila asyik kena sabar ni, sampai bila kena rasa tak ada harapan ni, sampai bila dia nak kita macam ni,” soal Daiyan dalam ciapannya.
Nampaknya bukan Daiyan seorang sahaja yang merasakan sebegitu, tetapi ribuan pengguna media sosial turut merasakan hal yang sama. Ciapan Daiyan itu mendapat lebih tujuh ribu ulang ciapan dan juga lebih 11 ribu likes, dan rata-rata membalas ciapan tersebut dengan menyatakan perkara yang sama.

Apa yang kita korbankan sekarang bukanlah hal yang mudah, namun ia perlu dilakukan demi mendapatkan semula kehidupan kita yang normal seperti sediakala.