Kool FM

“Dalam Lagi Pun Takpe..” – Gelagat Ibu Nadiya Nisa Ambil Swab Test Buat Wargamaya Terhibur

Swab test adalah ujian saringan yang dilakukan untuk mengetahui jika seseorang itu dijangkiti Covid-19. Banyak ujian saringan secara percuma telah dilakukan oleh kerajaan di seluruh negara bagi mengesan pembawa virus yang mudah berjangkit ini. Lebih merisaukan adalah apabila seseorang yang dijangkiti itu tidak mempunyai gejala jangkitan. Ini akan membahayakan nyawa ramai orang sekeliling terutama orang tua dan kanak-kanak.

Baca juga: “Tak Mati Pun Kuarantin Sekejap” – Wujud Golongan Silent Carrier, Netizen Salahkan Audio Tersebar Di WhatsApp

Kini, ramai rakyat mencari inisiatif sendiri untuk pergi melakukan ujian swab di klinik swasta demi memastikan mereka tidak dijangkiti dan bukan salah seorang “silent carrier“. Terbaru, seorang pelakon hebat, Nadiya Nisaa berkongsikan di laman Instagram miliknya di mana dia membawa ibunya ke klinik untuk mendapatkan pencerahan daripada seorang doktor pakar tentang vaksin. Selepas daripada sesi tersebut, ibunya secara suka rela membuat ujian swab.

Dengan bertemankan alunan “ringtone” telefon orkestra,  ibu Nadiya Nisaa dilihat “santai” sahaja semasa ujian dijalankan. Ujian itu mengambil masa tidak sampai sesaat dan dilihat sangat mudah prosesnya. Ibu Nadiya Nisaa dilihat terkejut kerana mungkin mempunyai jangkaan tersendiri. Dia sempat berseloroh “dalam lagi pun tak apa” dan ini mengundang tawa ramai. Alhamdulillah, keputusan ujian swab ibunya didapati negatif.

Menerusi kapsyen yang ditulis Nadiya Nisaa di postingnya, dia meminta supaya orang ramai terutama golongan ibu bapa yang mempunyai banyak persoalan tentang vaksin untuk bertanyakan sendiri soalan itu kepada pakar di hospital atau klinik dan tidak hanya mendengar mitos yang disebarkan melalui media sosial.

Kata Nadiya Nisaa, ibunya juga adalah salah seorang warga yang setia melihat “berita” di Facebook dan Whatsapp. Oleh itu, initiatif yang diusahakannya adalah dengan membawa sendiri ibunya berjumpa yang lebih arif tentang perkara ini supaya dia dapat bertanyakan sebarang kemusykilan yang ada  sekaligus mendapatkan “consultation” terbaik dari doktor.

Nadiya Nisaa mencadangkan tips ini kepada orang ramai supaya mereka boleh mendapatkan fakta yang betul dan bukannya mitos yang berlegar-legar. Ini adalah satu cara yang sangat bagus dan diharap dapatlah membantu rakyat di luar sana. Dalam waktu begini memang penting untuk kita dapatkan informasi yang sahih dan saling memberi sokongan terhadap komuniti. Apa pun, kita berdoa yang baik-baik untuk Nadiyah Nisa sekeluarga dan seluruh rakyat Malaysia.

Baca juga: Tangani Pandemik Ganas, Wargamaya Setuju Jika Kerajaan Pertimbangkan 9 Cadangan Dari Seorang Doktor

Sumber: Nadiya Nisaa

Exit mobile version