Memang kebiasaannya bila pasangan selebriti baru sahaja melangsungkan perkahwinan, persoalan seterusnya dalam kalangan peminat adalah soal cahaya mata. Pantang muat naik gambar lain sikit, pasti akan ada spekulasi tentang kehamilan selebriti tersebut. Antara yang tidak terlepas dengan persoalan tersebut adalah penyanyi Ernie Zakri apabila terdapat khabar angin daripada wargamaya yang mendakwa dirinya kini sedang hamil.
Bagaimanapun, Ernie tampil menafikan dakwaan itu menerusi ciapan yang dimuat naik di Twitter miliknya. Ciapan tersebut adalah bagi menjawab segala desas-desus ditimbulkan netizen apabila ada yang meninggalkan komen mengatakan dirinya kini hamil.
Tu bukan baby bump. Dlm perut tu food gais. Jgn buat saya macam ni. ?????? i love food so much smpi lps kahwin nonstop makan nasi. Tapi i stop dah skrg and back to my healthy lifestyle konon2. Tp doa2 anda tu sy aminkan. Doa byk2 tau utk sy & mereka yg mahu timang baby ❤
— Ernie (@ErnieZakri) June 11, 2021
Baca juga: Kongsi Gambar Barang Siap Dikemas, Nourul Wahab Menghitung Hari Berhijrah Ke Negara Jiran
“Tu bukan baby bump. Dalam perut tu ada makanan. Jangan buat saya macam ni,” ujar Ernie dengan menyatakan dia memang suka makan sehingga tidak berhenti makan nasi selepas kahwin.
Namun, kata Ernie kini dia sudah berhenti makan banyak dan kembali kepada gaya hidup yang sihat. Menerusi ciapan berkenaan juga, Ernie menganggap spekulasi wargamaya yang mengatakan dirinya kini hamil merupakan doa untuk dirinya.
“Tapi doa-doa anda itu saya aminkan. Doa banyak-banyak untuk saya dan mereka yang mahu timang anak,” katanya.

Jadi sama-sama kita doakan agar Ernie dan juga Syamel diberikan rezeki menimang cahaya mata tidak lama lagi. Kita doa yang baik-baik sahaja. Sebagai maklumat, Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 28 tahun, selamat mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Syamel pada 26 Mac lalu di Masjid Puncak Alam, Shah Alam, Selangor.
Baca juga: “Eh Cik Ani Mencarut” – Chef Wan Kongsi Keadaan Demensia Ibunya Buat Netizen Terhibur
Sumber daripada: Kosmo