Perhiasan barangan kemas memang sudah sinonim dengan wanita. Sebagai wanita, memang seperti wajib untuk ada barang perhiasan seperti cincin, gelang dan juga rantai. Sebagai penambah serilah katakan. Kalau tak pakai tu rasa seperti ada yang tak lengkap pada badan. Tapi lain orang, lain dia punya kegilaan terhadap barang kemas ini.
Di Indonesia, tular satu video memaparkan seorang wanita menayangkan koleksi barang kemasnya yang banyak. Bagaimanapun, video tersebut yang dimuat naik di TikTok mendapat kecaman netizen. Banyak juga video yang dimuat naik memaparkan pemilik akaun TikTok @raeshamas menayangkan barang kemasnya, sehinggakan satu video ini mendapat hampir 7 juta tontonan.
@raeshamasMaaf ya tdk bermaksud mw sombong tp ini lh hobby ku ??.kl kalian gk suka skip skip skip ajak ya tiktok ku♬ original sound – Raesha Mas
Menurut wanita tersebut, mengumpul barang perhiasan mewah tersebut merupakan hobinya. Katanya lagi, dia bukan mahu menunjuk-nunjuk, namun itu sudah menjadi minatnya.
“Maaf ya, saya bukan mahu menunjuk-nunjuk, namun inilah hobi saya. Jika anda tidak suka silakan skip sahaja ya,” katanya menerusi satu video yang dimuat naik.
Selain itu, Raesha juga turut memaklumkan bahawa kesemua barang kemas yang dipakainya itu adalah tulen. Dalam pada itu, wargamaya mempersoalkan keaslian koleksi emas Raesha kerana pada video tersebut, emas yang dipegang menghasilkan bunyi seperti tin kosong. Disebabkan itu, dia turut menunjukkan resit pembelian setiap barang kemasnya itu dalam video berasingan.

Sementara itu, ada juga yang bimbang Raesha bakal menjadi sasaran perompak kerana telah menayangkan koleksi emas yang dimilikinya. Apa-apa pun, tidak salah mempunyai minat seperti ini namun perlu diingat banyak mata-mata yang memerhati di media sosial jika terus menayangkan barang kemas yang banyak seperti itu.
Sumber daripada: Kosmo