Kool FM

“Datuk Banyak Bantu, Kenapa ‘Delete’ Video Awak Di Rumah Datuk..”- Ruangan Komen Wani Comel Dipenuhi Nasihat

Baru-baru ini portal berita melaporkan bahawa Wani Comel dikejarkan ke hospital disebabkan masalah kesihatannya.

Wani atau nama sebenarnya, Nurul Airawani Nazira Ibrahim mengatakan dirinya mengalami komplikasi jantung bengkak. Isu kesihatannya ini mendapat perhatian ramai kerana isu kontroversi Wani bersama ushawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini.

Wani dikatakan menuntut haknya namun ia dinafikan Aliff Syukri sendiri. Menerusi sidang media yang dibuat Aliff Syukri;

Saya tidak pernah menjanjikan bulan dan bintang seperti rumah, kereta dan kekayaan lain. Dalam perjanjian itu, jelas dinyatakan pemberian adalah atas budi bicara yang ditulis dalam kontrak. Tujuan saya hanya membantu dirinya berjalan semula dan menjaga ibunya yang sakit.

“Kalau betul apa yang dinyatakan ada di dalam perjanjian, dia boleh tuntut di mahkamah. Kita ada hakim, jadi biar hakim yang memutuskan.”

Aliff mendakwa, sejak mengenali Wani, Ogos tahun lalu, dia sudah membelanjakan ratusan ribu ringgit membabitkan kos pembedahan bariatrik dan tempat tinggal selain bayaran jurulatih peribadi, pakar pemakanan, tukang masak dan sebagainya.

Menjengah ke akaun Instagram Wani Comel, ramai memberikan komen berunsurkan nasihat kepada Wani agar lebih bersyukur dengan apa yang ada dan berterima kasih ke atas bantuan yang telah diterimanya.

Antara komen yang mendapat perhatian ramai adalah:

Kenapa tak bincang dengan Datuk,kenapa terus buat report. Datuk dah banyak bantu awak . Kenapa awak delete video-video awak duduk rumah Datuk… Yang coach ajar awak buat senaman… Video yang awak ucap terima kasih dekat Datuk…semua awak padam… Boleh sahaja awak jumpa Datuk dan Datin..bincang baik-baik..”

Apa pun, kita harapkan agar kesihatan Wani Comel bertambah baik dan perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.

 

Baca juga:

“Sakit Sejarah Lama Itu Masih Terasa”- Normala Samsudin Kongsi Cabaran Anaknya Nak Kahwin

“Syafiq Bukan Mengantuk, Hanya Elak Objek..”- Ini Sebenarnya Yang Berlaku Ketika Kejadian..

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Instagram Wani Comel, Bharian

Exit mobile version