Site icon Kool FM

“Demi Penyatuan Anak-Anak..” Netizen Puji Eizlan Yusof Dan Bekas Isteri Jaga Hubungan Baik

Buang yang keruh ambil yang jernih adalah satu ungkapan yang mudah diucap namun tidak mudah untuk dilakukan. Namun, inilah yang dilakukan oleh selebriti, Datuk Eizlan Yusof bersama bekas isterinya, Vie Shantie Khan. Walaupun sudah bercerai dan masing-masing menjalani kehidupan sendiri, mereka berdua tetap menjalin hubungan baik antara keluarga masing-masing.

Menerusi perkongsian Instagram milik Datuk Eizlan dan Vie Shantie Khan, jelas kedua mereka sudah move on dan lupakan perkara lama untuk jalani kehidupan baru bersama. Perkongsian daripada Datuk Eizlan jelas menunjukkan keikhlasan bekas isterinya itu sehinggakan sempat memberikan susu botol kepada anak bersama isteri barunya. Manakala di Instagram Vie pula, dia sempat meluahkan kata-kata di mana sebagai ibu bapa mereka perlu bersifat matang demi menjaga hati anak-anak.

Baca artikel lain: “Bila Nak Keluar Ni..” – Ain Edruce Teruja Nak Jumpa ‘Baby’ Tapi Dia Masih “Relax” Dalam Perut

Walaupun sudah berlainan jalan kehidupan, tapi ukhuwah kekeluargaan tetap terjalin. Demi penyatuan anak-anak, ibu bapa haruslah bersikap matang dalam setiap tindakan.

Bukan hati kita yang harus diutamakan. Tapi hati mereka dan jiwa mereka yang perlu disatukan. Semoga ikatan persaudaraan mereka terus terjalin di dunia dan akhirat, insya-Allah.. Ujar Vie Shantie Khan

Vie juga sempat mengucapkan sekalung tahniah kepada bekas suaminya itu yang baru sahaja menimang cahaya mata sulung bersama isterinya. Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata pengikut mereka gembira melihat hubungan baik ini dan ada yang menyatakan ini adalah salah satu keluarga yang gemar mereka lihat kerana keikhlasan menjaga hubungan baik demi anak-anak sama seprti keluarga pelakon, Norman Hakim dan Abby Abadi.

Sebagai rekod, Vie dan Eizlan bercerai talak 1 pada tahun 2015 selepas 8 tahun berumah tangga dan dikurniakan 3 orang anak. Kemudian, Vie Shantie berkahwin dengan seorang orang kenamaan manakala Eizlan mendirikan rumah tangga dengan Natasha Rosa Boudville pada 12 Disember 2019.

Baca juga: “Tak Nampak Macam 50 Tahun Pun..” – Wargamaya Terkejut Amy Mastura Dah Masuk 5 Series

Sumber: Instagram Datuk Eizlan Yusof dan Vie Shantie Khan

Exit mobile version