Site icon Kool FM

“Dia Ada Masa Saya Berisi Lagi..” Zulin Aziz Dedah Siapa Lelaki Misteri Bersamanya

Baru-baru Zulin Aziz mengejutkan warganet apabila dia memuat naik gambar seperti gambar pre-wedding bersama jejaka kacak yang dikatakan seakan wajah suami kepada Mira Filzah. Terkini, Zulin telah memuat naik satu perkongsian terbaru di Instagram miliknya mendedahkan siapa sebenarnya lelaki bersama dalam gambar tersebut. Lelaki tersebut bernama Farhan Norzaini bukan sahaja telah mencuri hati Zulin malah rata-rata pengikutnya juga memberi komen bahawa Farhan telah menarik hati mereka.

Di dalam perkongsian terbaharu Zulin, dia menyatakan dia harus menjelaskan situasi sebenar yang berlaku dan gambar yang dikongsikan bukanlah gambar pre-wedding tetapi gambar untuk bisnes terbarunya bersama Farhan. Menurut Zulin, Farhan bukanlah pelakon untuk muzik video atau pelakon untuk promosi bisnesnya. Mereka adalah rakan kongsi bersama.

Tambah Zulin, dia dan Farhan sudah lama mengenali satu sama lain bahkan Farhan kenalinya ketika Zulin masih berisi lagi. Kata Zulin, mereka mahu bersama-sama membina masa depan yang indah dan Zulin juga telah meminta pengikutnya untuk sama-sama menyokong bisnes serta mendoakan usaha mereka dipermudahkan untuk mencari rezeki.

Zulin kemudiannya juga sempat mengucapkan I Love You kepada Farhan kerana selalu menyokong Zulin untuk melakukan apa sahaja termasuklah melakukan bisnes barunya itu. Sementara itu, Zulin luahkan rasa maaf kepada rakan media kerana berdiam diri sebelum ini kerana Zulin dan Farhan mahu kisah cinta mereka tersimpan buat mereka berdua sahaja.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Zulin Aziz kerap ditinggalkan lelaki?

Zulin Aziz Jalani Pembedahan

 

 

 

 

Sumber: Instagram Zulin Aziz

Exit mobile version