Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Dia Pandang Je Ayah Dia”- Netizen Puji Suami Emma Maembong Dodoikan Anak Dengan Bacaan Al-Quran

today9 April 2021

Background

Perjalanan sebagai ibu bapa pertama ini sememangnya indah. Walaupun ada cabaran yang perlu dilalui, namun keberkatan membesarkan anak pertama itu patut diraikan. Sebab itulah ibu bapa akan berikan yang terbaik buat anak-anak mereka. Bagi orang Islam pula, semasa membesarkan anak-anak, kita pasti akan selalu mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran kepada anak kita. Pahala dapat, anak kita pun dapat mendengar bacaan Al-Quran ketika masih kecil lagi.

Menerusi perkongsian terbaharu di akaun Instagram anak kepada selebriti terkenal, Emma Maembong, satu video memaparkan bagaimana suami Emma, Muhammad Shazli Azhar mendodoikan anak mereka. Apa yang menariknya, Shazli mendodoikan anaknya, Shariq Gabriel, dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, sampaikan anaknya kelihatan seperti tekun mendengar bacaan Al-Quran ayahnya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ⭐️lima’s little prince ⭐️ (@shariqgabriel)

Baca juga: “Tinggal Baby Sendirian Di Ruang Tamu” – Pembantu Rumah Larikan Diri, Emma Maembong Beri Pesanan

Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, ramai yang memuji suami Emma kerana mengalunkan ayat-ayat Al-Quran untuk menidurkan anaknya. Pujian tersebut juga sampai ke anak mereka yang kelihatan baik je apabila dibacakan ayat-ayat Al-Quran.

Selain itu, Shariq Gabriel juga kelihatan comel apabila hanya merenung ayahnya sepanjang dibacakan ayat-ayat suci itu. Bagus juga ada video seperti ini sebab ia boleh dijadikan contoh yang baik buat kita semua. Semoga Shariq Gabriel membesar menjadi anak yang soleh dan sentiasa disayangi keluarga.

Baca juga: Hadir Perkahwinan Anak Kris Dayanti, Netizen Puji Presiden Jokowi Dilihat Patuh SOP Sepanjang Majlis

Sumber daripada: Instagram

Written by: Hamka Rosli


Previous post