Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Diam-Diam Buat Amal, Agnez Mo Dipuji Masyarakat Atas Usahanya Buka Klinik Vaksin Secara Percuma

today18 June 2021

Background

Penyanyi negara seberang, Agnes Monica atau nama gelarannya sekarang Agnez Mo mengejutkan ramai apabila dia mendedahkan bahawa dia ada membangunkan satu klinik vaksinasi percuma buat masyarakat. Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, Agnez mengatakan bahawa klinik ini sebenarnya telah ditubuhkan lama dan sudah mula pun beroperasi namun dia tidak sempat untuk berkongsikan hal ini di laman Instagramnya.

Baca juga: “Seorang Ibu Tidak Pernah Bercuti” – Fasha Sandha Dipuji Oleh Wargamaya Sebagai Wanita Hebat

Oleh itu, Agnez berkongsikan satu video yang memaparkan dia datang berkunjung ke klinik tersebut serta membuat ‘tour‘ di kawasan sekitar. Nampak besar klinik yang dibangunkan oleh Agnez di bawah sebuah organisasi kemanusiaan swasta yang bernama AG Peduli ini.  Organisasi ini turut bekerjasama dengan Pusat Kesihatan Pademanga bagi menjayakan program hebat ini. Klinik ini dibantu oleh 60 orang staf kesihatan termasuklah 120 sukarelawan. Mengagumkan bukan?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AGNEZ MO (@agnezmo)

Agnez turut berkata bahawa klinik ini bukan sahaja ada tempat vaksinasi tetapi ia adalah sebuah fasiliti yang lengkap dengan ruang kecemasan, ambulans, makmal dan lain-lain. Selain itu, apa yang lebih mengagumkan bukan sahaja vaksinasi diberi secara percuma kepada sesiapa sahaja tetapi mereka juga turut memberikan makanan percuma kepada setiap yang datang.

Kata Agnez dengan penuh pertimbangan, dia dapati kebanyakkan yang datang ke klinik ini adalah masyarakat daripada daerah atau negeri zon merah. Perjalanan mereka mengambil masa yang lama dan mungkin mereka tidak sempat untuk menjamah apa-apa sebelum datang mengambil vaksin. Oleh itu, Agnez membuat satu lagi inisiatif iaitu memberi makanan seperti mi segera dan telur sebagai pengalas perut buat mereka yang datang.

Agnez mengajak rakyat yang berada di Indonesia untuk datang mengambil vaksin di sini secara percuma. Ini adalah usahanya bersama organisasi swasta untuk sama-sama berganding bahu dengan kerajaan dalam membendung penularan wabak Covid-19. Usaha yang sangat membanggakan!

Meninjau ke ruangan balas, rata-rata memuji tindakan dan usaha Agnez membangunkan klinik ini. Apa yang lebih menjadi inspirasi adalah, Agnez lakukan misi sosial dan kemanusiaan ini secara diam-diam sahaja dan kini baru tampil kongsikannya di laman sosial. Ramai yang kagum dengannya termasuklah rakan-rakan artis sendiri.

Kita doakan agar program ini dapat berjalan dengan lancar dan lebih ramai lagi warga di sana datang mengambil vaksin. Sebagai jiran dari Malaysia kami turut tumpang gembira. Buat rakyat di Malaysia pula, kita masih belum menang. Jika anda belum mendaftar vaksin Covid-19, anda masih boleh lakukannya sekarang. Kita lindung diri, lindung keluarga.

Baca juga: “Saya Bukan Dijangkiti Kerana Berhibur Di Bali” –  BCL Perjelaskan Situasi Sebenar Dirinya Positif Covid-19

Sumber: Agnez Mo

Written by: Danisyah Dalily