Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Dikompaun RM1500 Dek Melanggar SOP, Raf Yaakob & Mawar Rashid Jadikan Pengajaran

today23 June 2021

Background

Umum mengetahui kerajaan telah memberi penerangan yang jelas mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa negara berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Walaupun SOP semasa PKPB sedikit longgar, namun masih ada juga dalam kalangan kita yang seakan ‘mengabaikan’ SOP tersebut. Tidak terkurang juga ada segelintir selebriti tanah air yang turut melanggar SOP sehingga dikenakan kompaun oleh pihak berkuasa antaranya Noor Neelofa dan suami Muhammad Hariz Ismail.

Sebelum ini, tular mengenai beberapa selebriti tanah air yang dikatakan telah melanggar SOP ketika Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 29 April lalu. Menurut laporan Harian Metro, pihak berkuasa telah menetapkan sebanyak RM19,000 jumlah kompaun yang dikenakan kepada tujuh selebriti yang melanggar SOP dengan tidak memakai pelitup muka semasa majlis tersebut berlangsung.

Menurut Ketua Polis Daerah Wangi Asisten Komisioner Muhammad Zainal Abdullah berkata, difahamkan selepas kertas siasatan dikembalikan, pihak berkuasa telah menetapkan jumlah kompaun sebanyak RM1,500 setiap seorang dikenakan kepada enam selebriti iaitu Nurin Afiqah, Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Mawar Rashid dan Suami, Raf Yaakob serta Iman Troye.

Manakala penganjur Caprice selaku penganjur daripada Syarikat Rindu Raudah Sdn Bhd dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 dek kerana gagal untuk memastikan tetamu yang hadir memakai pelitup muka sepanjang majlis berlangsung.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Baca juga: Nurin Dan Caprice Hangat ‘Berperang’ Di Instagram Isu Langgar SOP Di Majlis Berbuka Puasa

Lumrah menjadi selebriti ini semestinya sukar untuk melarikan diri daripada kecaman netizen lebih-lebih lagi setelah melakukan kesilapan. Menurut Raf, dia dan Mawar mengakui kesalahan yang dilakukan iaitu tidak memakai pelitup muka semasa bergambar dengan selebriti yang lain ketika majlis berlangsung. Tambah Raf, mereka akan lebih berhati-hati dalam menjaga SOP dan hal ini pasti akan dijadikan pengajaran dalam kehidupan mereka agar perkara yang sama tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.

“Salah tetap salah. Polis sudah siasat dan ada kesalahan kami tak pakai pelitup muka ketika bergambar dan kami dikenakan kompaun,” ujar Raf semasa dihubungi Harian Metro.

Bagaimanapun, segala persoalan mengenai isu melanggar SOP semasa majlis ini berlangsung telahpun terjawab. Masing-masing selebriti tanah air telah memikul tanggungjawab tersebut untuk membayar jumlah kompaun yang ditetapkan. Apa-apa pun mereka juga manusia yang tidak lari daripada melakukan kesilapan. Semoga kisah mereka ini memberi akan menjadi iktibar bukan sahaja kepada selebriti lain, malah juga kepada setiap rakyat Malaysia.

Baca juga:“Bagus Mawar Tak Malu Belajar Mengaji” – Baru Belajar Iqra’ Sikap Rendah Diri Mawar Rashid Dipuji

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: Harian Metro 

Written by: Hamka Rosli


Previous post