Kool FM

Dini Hadiahkan Skuter Comel Sempena Hari Jadi Janna Walaupun Sedang Kumpul Duit Beli Rumah Bersama

Umum tahu tentang hubungan cinta Janna Nick dan Dini Schatzmann, ia bukanlah perkara rahsia kerana kedua-dua pelakon ini sangat terbuka dengan hubungan mereka di media sosial. Walaupun nama Janna sebelum ini terpalit dengan pelbagai kontroversi namun ia tidak merenggangkan hubungan mereka malah mereka semakin rapat. Rata-rata peminat Janna juga terus-terusan memberikan kata-kata yang positif buatnya.

Baca juga: ” Sepak Teranjang Memang Makanan Dari Kecil..”- Janna Nick Menghidap Bipolar

Semalam Dini sempat memuat naik sebuah video kejutan hari jadi buat Janna Nick. Memandangkan tarikh hari lahir Janna Nick sama dengan tarikh lockdown dijalankan di Malaysia iaitu pada 1 Jun, Dini berkata melalui video tersebut dia terpaka menyambut hari ulangtahun Janna sehari lebih awal.

Pelakon kacukan Malaysia-Switzerland ini menghadiahkan sebuah skuter comel berwarna merah buat kekasih hatinya. Janna yang pertama kali melihat skuter itu benar-benar terkejut dan dilihat sangat gembira dengan hadiah yang diberi. Janna akui tidak menyangka bahawa Dini akan membuat kejutan seperti ini kerana kata Janna mereka dalam proses mengumpul duit untuk membeli rumah bersama.

Melalui video tersebut Dini dilihat hanya tersenyum. Namun, Dini ada menulis di ruangan kapsyen posting tersebut bahawa dia hanya mahu melihat Janna gembira dan dia akan cuba membahagiakan Janna tahun demi tahun. Ini pun sudah jelas bahawa mereka berdua ada rancangan untuk berkahwin namun kedua-dua belah pihak Dini dan Janna masih belum membuat apa-apa pengumuman berkaitan hal ini.

Menerusi video yang dirakam Dini, mereka nampak sangat bahagia bersama. Usaha Dini membuat kejutan dari awal sehingga habis dengan kudrat sendiri memang mengagumkan. Tiup belon dan hias tempat kejutan pun sendiri tau. Rata-rata wargamaya di ruangan komen posting tersebut gembira melihat pasangan ini. Ramai yang turut mendoakan supaya Janna Nick sentiasa diberi kegembiraan begini. Peminat-peminat Janna turut berterima kasih kepada Dini kerana sentiasa berusaha melakukan yang terbaik buat Janna.

Mungkin dah terlambat sehari tetapi kita ucapkan selamat hari ulangtahun buat Janna yang kini mencecah 26 tahun. Semoga ada berita baik dari Dini dan Janna dalam masa terdekat ini. Kami doakan agar segala urusan pasangan ini dipermudahkan.

Baca juga: “Kalau Company Bapa Punya, Boleh La Self Lockdown” – Janna Nick Luah Rasa Kesal & Sedih

Sumber: Dini Schatzmann

Exit mobile version