Kisah kali ni agak mengerikan, di mana seorang lelaki yang disangka gemar mengumpul patung-patung vintaj oleh ibu bapanya, rupanya patung-patung itu adalah mayat kanak-kanak perempuan yang digalinya dari kubur. Kejadian ini berlaku di Rusia, dan si pelaku merupakan seorang lelaki yang dikenali kerana kepintaran dan kepakarannya dalam bidang sejarah. Tapi malangnya kepakarannya itu di salah guna apabila dia ditangkap oleh pihak polis. Hasil tangkapan membawa kepada penemuan 29 mayat perempuan berusia antara tiga hingga 25 tahun di rumahnya.
Si Pemburu Mayat
Anatoly Moskvin, merupakan seorang lelaki yang menggemari sejarah dan dikatakan pandai bertutur dalam 13 bahasa. Dia juga selalu travel, merupakan tenaga pengajar di kolej, dan juga menjadi salah satu wartawan di Nizhny Novgorod (bandar kelima terbesar di Rusia). Moskvin juga mengakui bahawa dia pakar dalam bidang perkuburan dan menggelar dirinya sebagai ‘necropolyst’ yang merujuk kepada pakar perkuburan. Jadi dari situ dia dikenali sebagai orang yang pakar bab-bab kubur ni. Tapi dia bukan tukang gali kubur.

Bagaimana ‘Kegilaan’ Ini Bermula?
Moskvin pernah menerbitkan sebuah artikel yang mengisahkan tentang kejadian aneh pada masa lampaunya. Disyaki dari kejadian aneh tersebutlah dia mempunyai minat yang mendalam terhadap mayat, terutamanya mayat perempuan. Dalam artikelnya, Moskvin menulis tentang sebuah kejadian pada tahun 1979 di mana ketika dia sedang berjalan pulang dari sekolah, dengan tiba-tiba dia telah ditarik oleh sekumpulan lelaki berjubah hitam. Dia dibawa ke sebuah kubur dan melihat satu upacara perkebumian sedang diadakan.
Moskvin mengatakan yang dia telah dipaksa untuk mencium mayat budak perempuan yang berumur 11 tahun itu. Jadi dia pun mencium mayat tersebut, lalu ibu kepada mayat tu terus menyarungkan cincin ke tangan Moskvin dan juga mayat itu. Seolah-olah Moskvin telah berkahwin dengan mayat! Moskvin menyatakan kejadian itu membuatkan dia percaya kepada kuasa ghaib, dan juga telah membuatkan dia tertarik dengan mayat.
Sama ada apa yang dituliskan Moskvin itu betul atau pun tidak, buah fikirannya yang agak ‘disturbing’ itu tidak pernah dipersoalkan oleh siapa-siapa selama 30 tahun. Menurut Moskvin, selepas kejadian berkahwin dengan mayat, dia mula merayau-rayau di kawasan perkuburan semasa zaman persekolahannya. Menurutnya, sepanjang tahun 2005 hingga 2007, dia telah ‘menziarahi’ sebanyak 752 kubur di Nizhny Novgorod. Dia membuat catatan secara terperinci pada setiap kubur yang dilawatinya untuk menyelidik sejarah mereka yang telah mati. Dia juga dikatakan pernah tidur di dalam keranda si mati, sehari sebelum si mati nak dikebumikan. Tapi tingkah lakunya ini tidak diragui oleh orang ramai kerana menganggap ianya sebahagian daripada kaji selidiknya.
Aktiviti Pelik Dikesan
Pada tahun 2009, orang awam mula menyedari kubur keluarga mereka yang telah mati digali. Perkara itu sampai ke pengetahuan pihak polis dan mereka terus melakukan siasatan. Hampir dua tahun mereka tidak dapat menjumpai si pelaku yang menggali kubur dan mengambil mayat-mayat itu. Sampailah pada satu hari pihak polis menerima laporan tentang perkuburan orang Islam yang digali. Di situ mereka menjumpai seseorang yang melukis gambar orang-orang Islam yang telah mati tetapi tidak merosakkan benda lain. Akhirnya Moskvin ditangkap.
Selepas ditangkap, pihak polis terus mencari bukti-bukti lain di rumahnya, dan alangkah terkejutnya mereka apabila terjumpa dengan patung-patung vintaj yang disimpan oleh Moskvin. Patung-patung tersebut merupakan mayat yang digali oleh Moskvin dan disimpan olehnya untuk dijadikan teman. Bila disoal, Moskvin menyatakan bahawa dia kesunyian dan sudah lama teringin nak ada anak sendiri. Tapi kewangan dia tak mengizinkan untuk dia ambil anak angkat. Jadi caranya adalah dengan mengambil mayat-mayat tersebut untuk dijadikan seperti anaknya.
Kesemua mayat yang digalinya akan dibawa pulang dan diawetkan. Pakaian pada mayat tersebut juga merupakan pakaian yang dipakai oleh si mati ketika dikebumikan. Bila pihak penyiasat check setiap mayat yang disimpannya, didapati kesemuanya memiliki kotak muzik yang diletakkan di dalam dada. Bila disentuh, mayat-mayat ini akan memainkan muzik. Memang creepy betul!
Pihak media Rusia menggelarnya ‘The Lord of the Mummies.’ Di mahkamah, Moskvin mengaku ke atas 44 tuduhan menyalah gunakan kubur dan mayat. Moskvin didiagnosis menderita penyakit skizofrenia dan dijatuhkan hukuman di wad psikiatri.
Baca juga artikel menarik lain:
Bunuh, Ambil Wang Dan Tinggal Bersama Mayat Selama Enam Minggu!
‘Mayat’ Hidup Semula Selepas Semalaman Dalam Peti Sejuk Beku