Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Disebabkan Menyokong Vaksin, PU Rahmat Digelar Ustaz Dajjal

today25 February 2021

Background

Di pertengahan kemunculan wabak berbahaya, COVID-19, ada yang cuba mengetengahkan ini adalah agenda yahudi untuk mengawal pergerakan umat Islam seluruh dunia.

Lebih mengejutkan lagi apabila vaksin COVID-19 berjaya dihasilkan, timbul kefahaman kumpulan anti-vaksin  yang mengatakan dalam vaksin terdapat mikrocip dari yahudi untuk masukkan ke dalam badan umat Islam.

Image

Image

Jadi, sudah menjadi tanggungjawab para ilmuan dan ahli perubatan menyebarkan penjelasan yang disertakan fakta bagi membuktikan apakah ura-ura ini benar.

Tanpa jemu, ramai para perubatan dan ahli ulama mula menjelaskan kepada orang ramai menerusi laman media sosial bahawa vaksin COVID-19 tidak ada kena-mengena dengan apa-apa agenda.

Namun, apa yang mengejutkan apabila salah seorang pendakwah selebriti, Rahmat Ikhsan digelar Ustaz Dajjal kerana pendiriannya menyokong suntikan vaksin.

No photo description available.

Tidak cukup dengan itu, terdapat segelintir pengikutnya di media sosial mula menunjukkan protes dengan mengambil tindakan untuk tidak menjadi pengikutnya lagi di mana-mana platform.

Tapi tindakan warganet itu sedikit pun tidak mengugat pendiriannya untuk kekal menyebarkan perkara yang benar kerana menurutnya sejak usia 12 tahun lagi, dirinya diajar untuk berdakwah untuk Allah bukan kesukaan manusia.

No photo description available.

Image

Dalam masa yang sama, PU Rahmat turut membuat perkongsian tentang tujuh sebab mengapa vaksin bukan agenda Dajjal menerusi laman YouTube.

Jom kita dengarkan penerangan beliau.

Harap selepas mendengarkan penjelasan PU Rahmat, para anti-vaksin mula berfikir dan buka minda untuk memikirkan mana yang betul dan mana yang tidak.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Yang Rasa Berdosa Boleh Left Group..”- Admin Riak Apa Hari Ini Jawab Teguran Ustazah Asma’ Harun

Viral Ustazah Didenda Merangkak Dalam Kelas, Dr Maszlee Luah Rasa Kecewa Sikap Melampau Ibu Bapa

Sumber: twitter

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Buletin

Elak tersekat fantasi drama televisyen

Sakit hati dan kebencian membuak. Itu yang dapat digambarkan sepanjang menonton drama Takdir Yang Tertulis (TYT) baru-baru ini. Masakan tidak, lakonan hebat para pelakonnya berjaya membuat emosi penonton terbuai sekali gus menjiwai setiap watak yang dipaparkan. Tidak dinafikan, ketika karakter Juweeta lakonan Nad Zainal merentan apabila suaminya dirampas wanita lain, roh lakonannya itu seakan-akan meresap ke dalam jiwa penulis. Bukan sahaja penulis, emosi tersebut turut dirasai oleh... Klik untuk baca […]

today25 February 2021