Kool FM

Dituduh Kuat Main Judi Dan Ada Anak Luar Nikah, Ali Puteh Tawar RM1,000 Cari Individu Fitnah Dirinya

Zaman sekarang ni macam-macam orang yang ada dekat dunia ini sehinggakan ada yang sanggup melemparkan fitnah semata-mata nak jatuhkan diri kita. Terbaharu menerusi perkongsian Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan di Instagram miliknya, dia mendedahkan dirinya baru sahaja dilemparkan fitnah yang sangat berat. Bukan hanya kepada dirinya, malah kepada keluarganya juga.

Melalui perkongsian tangkap layar itu, dapat dilihat bagaimana individu yang tidak dikenali itu menuduh Ali sebagai kaki judi. Tidak cukup dengan itu, individu itu juga menuduh isteri Ali sebagai ‘kaki jantan’ sehingga melahirkan anak luar nikah. Memang sangat berat tuduhan ini. Dalam pada itu, Ali tidak mendiamkan diri dan menawarkan RM1,000 kepada sesiapa yang dapat mencari individu tersebut.

Baca juga: Siti Sarah Berang Ditegur Dengan Kasar Sebab Masak Sotong Dengan Dakwatnya, Pantas Dapatkan Penjelasan Pakar

“Bantu saya kawan-kawan semua cari manusia ini, sampai keturunan saya dikatakan yahudi,” ujar Ali di ruangan kapsyen. 

Sementara itu, ramai yang menyarankan untuk Ali pergi membuat laporan polis atas fitnah yang dilemparkan kepadanya itu. Walaupun kelihatan seperti individu tersebut menggunakan akaun Instagram palsu, namun wargamaya di ruangan komen menyatakan pihak polis boleh membantu mengesan si pelaku. 

Tidak tahu apa punca dan siapa individu terbabit, namun tuduhan terhadap Ali sekeluarga itu dilihat sangat tidak dilemparkan. Apa-apa pun, semoga individu tak bertanggungjawab itu dapat dikesan segera dan diambil tindakan. 

Baca juga: “Pergi Mahkamah Pun Tak Pakai Facemask” – Netizen Bertambah Berang Neelofa Masih Langgar SOP Walaupun Di Mahkamah

Sumber daripada: Instagram

Exit mobile version